Hiburan

"Dia Okey Saya Berkedut" - Zain Larang Che Ta Suntik Muka, Buat Rawatan Kosmetik!

gempak
Izwan Isa
25/01/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
"Dia Okey Saya Berkedut" - Zain Larang Che Ta Suntik Muka, Buat Rawatan Kosmetik!
Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mendedahkan yang suaminya, Zain Saidin melarang dia untuk melakukan sebarang rawatan komestik bagi mencantikkan wajah.
Rozita berkata, Zain memberi lampu hijau untuk dia berbuat apa sahaja, asalkan tidak mengubah bentuk wajah dengan bantuan rawatan kecantikan.

BERITA TRENDING: Notis Kebankrapan Mahkamah Didakwa Tersebar, Che Ta Akui Tak Tahu Menahu - “Benda Tu Kalau Apa-Apa Kita…

“Dia ok saya berkedut ke apa. Dia ok sahaja. Saya pernah cakap yang saya teringin. Sebab semua orang buat jadi kita pun nak juga. Tapi dia tidak benarkan.“Zain ni, dia tak pernah larang apa-apa yang saya buat kecuali hal pakaian, dia akan tegur dan juga melakukan apa-apa suntikan pada wajah,” katanya kepada Gempak ketika majlis pelancaran produk By RCW Glow Edition di Petaling Jaya pada Rabu.
Rozita berkata, ada juga rakan-rakan yang memberi saranan supaya mendapatkan rawatan estetik, tetapi bagi dirinya, apa yang penting pada usia 51 tahun adalah kesihatan tubuh badan berbanding kecantikan dan penampilan rupa paras.
“Kalau saya muda, mungkin saya nak buat. Tapi disebabkan sudah berusia, benda itu bukan keperluan saya. Saya bukan nak berlakon sangat dah. Mungkin tahun ini depan kamera, tahun depan dah berada di belakang tabir.
“Jadi saya rasa benda tu dah tak perlu dah. Ibu saya pun dah 75 tahun, tak payah buat apa ok je dia. Bila kita dah tua, cantik-cantik sangat bukan keutamaan. Sebab apa yang penting adalah kesihatan.
“Kita tak nak pakai eye shadow sampai 13 warna, bulu mata sampai ke highway, tapi duduk atas kerusi roda. Dah lawa-lawa duduk atas kerusi roda,” tutupnya.

BERITA TRENDING: Dikritik Menunjuk Bayar Zakat? Netizen Pertahankan Sharifah Shahira - “Memang Dalam Islam Digalakkan…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024