Laman Utama
Dikritik Menunjuk Bayar Zakat? Netizen Pertahankan Sharifah Shahira - “Memang Dalam Islam Digalakkan…”
Baru-baru ini tular selebriti Sharifah Shahira pergi membayar zakat bersama-sama dengan aktres Rozita Che Wan.
Dalam video berkenaan, dapat dilihat Sharifah berseloroh tentang amaun bayaran zakat yang dibuatnya.
“Inilah artis paling sikit bayar zakat, tapi janji bayar tau,” katanya.
Letopp artis sekarang bayar zakat kena tunjuk la kang netizen cakap tak baayr pulekkk ?
Shiera: U bayar zakat paling tinggi ke tak?
Che Ta: Mungkin tak berapa tinggi sebab tu tak keluar tv
???? pic.twitter.com/3HlE91bBlW— aLeL ? (@AzlilAdzif) December 23, 2023
Bagaimanapun, hantaran itu mendapat kritikan netizen di mana rata-rata beranggapan selebriti itu cuba menunjuk-nunjuk.
“Zaman tunjuk-menunjukkan,”
“Bayar zakat niat kerana Allah dah lah, aduh.”
BERITA TRENDING: Dituduh Pergi Konsert Aina Abdul Percuma, Che Ta Selamba Balas - “Tolong Eh, Kita Tak Harap Tiket Free”
Dalam pada itu, ada juga sebahagian menerima dengan terbuka cara yang dilakukan oleh Sharifah kerana bayaran zakat dalam Islam boleh diuar-uarkan kepada ramai kecuali sedekah.“Memang zakat digalakkan untuk diuar-uarkan. Supaya nak tarik ramai orang bayar zakat. Sedekah yang kena senyap-senyap,”
“Bagus bila artis-artis buat video macam ni, sedarkan kita untuk bayar zakat.”
Sekadar info, perkongsian itu mendapat lebih 600,000 tontonan dan 5,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Must-Watch Video