Laman Utama
“Dia Penyokong Nombor Satu Saya…” - Dhabitah Sabri
Berjaya raih dua pingat dalam kejohanan Asian Games ke-19 di Hangzhou, China, atlet penerjun negara iaitu Nur Dhabitah Sabri berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan kepadanya.
Menerusi video temu bual, Dhabitah turut menitipkan ucapan terima kasih kepada keluarga dan suaminya iaitu pelawak Jiggy Masin yang tidak putus mendoakan serta menjadi penyokong nombor satunya.
"Terima kasih banyak-banyak kepada semua rakyat Malaysia di atas doa kalian semua. Kepada keluarga terima kasih kepada keluarga yang selama ini menyokong.
“Terutama suami saya yang tidak pernah putus doakan saya dari hari pertama saya pergi latihan di China. Dia adalah penyokong nombor satu saya, kerana doa dia saya berjaya bawa balik dua pingat," luahnya.
Sementara itu, Jiggy menerusi perkongsian di Instagram Stories turut menyampaikan ucapan tahniah kepada isteri tercinta.
"Tahniah sayang (Dhabitah), awak sudah buat yang terbaik and more to come, rileks dan chill okay," tulisnya.
Dhabitah berjaya membawa pulang pingat perak dalam kategori 3 meter papan anjal berirama bergandingan dengan Ng Yan Yee dan pingat gangsa menerusi kategori 10 meter platform berirama bergandingan dengan Datuk Pandalela Rinong.
Untuk info, Dhabitah dan Jiggy mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup pada 28 April lalu.
Must-Watch Video