Penyanyi Wany Hasrita tidak menyangka kenyataan mengenai sudah tidak relevan untuk berduet bersama Tajul telah menyinggung perasaan penyanyi lelaki tersebut.

Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata dia sudah memohon maaf secara bersemuka dengan Tajul ketika bertemu baru-baru ini.

“Dengar dari kenyataanya kepada media baru-baru ini saya tahu dia marahkan saya.

“Saya rasa, mungkin Tajul belum kenal saya lagi, jadi dia tak dapat bezakan betul ke saya cakap macam tu. Dia pula tak tanya saya selepas membaca artikel tersebut.

“Lagipun, saya bukan jenis suka bergaduh. Kalau ada masalah, saya cakap depan-depan. Kebetulan keesokkan harinya, kami ada sesi fotografi, saya terus bertanya kepadanya.

“Pada mulanya, dia memang marah.Tapi saya jelaskan yang saya tidak bermaksud kami sudah tidak relevan untuk berduet tapi itu feedback yang diberikan peminat,” katanya kepada Gempak.

Pelantun lagu Menahan Rindu itu ditemui ketika pusingan akhir Pencarian Gadis Panca MyBeauty 2018 di Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

[BACA: Bukan Saya Yang Minta Duet Dengan Dia Atau Nak Tumpang Populariti Dia – Tajul]

Wany dan Tajul dikenali menerusi tiga lagu duet iaitu Di Sana Cinta Di Sini Rindu, Rindu Dalam Benci dan terbaru, Aku Serius.

Pun begitu, Wany berkata ia bukan penamat untuk mereka tidak berduet lagi di masa akan datang.

“Namun bukanlah bermaksud tiada lagu duet antara kami. Mungkin selepas ini, kami kena ubah lagu untuk mengikut apa kehendak peminat.

“Cuma buat masa sekarang, saya rasa lebih baik untuk kami berdua fikirkan sesuatu yang baharu supaya dapat memberikan karya yang lebih segar untuk peminat,” katanya lagi.