Mencari jalan penyelesaian yang baik bukanlah bermaksud pasangan selebriti terkenal Diana Danielle dan Farid Kamil akan kembali bersama.

Enggan menimbulkan salah faham, Diana tampil menjelaskan kenyataannya semasa temu bual berhubung keputusan sebutan kes hadanah yang berlangsung pada Rabu.

"Mencari jalan penyelesaian tidak bermakna akan kembali semula. Jangan salah faham pula dengan kenyataan saya," katanya menerusi Instastory.

Dalam pada itu, pelakon filem Imaginur tersebut dilihat masih menutup ruangan komen di Instagram miliknya.

Terdahulu, Diana dan Farid hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes hadanah atau hak penjagaan anak mereka pada Rabu.

Diana ketika ditemu bual media berkata tuntutan itu dibuat untuk mendapatkan keadilan buat dua anaknya iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Sebutan kes berjalan lancar kerana mendapat kerjasama baik daripada Farid dan mahkamah melanjutkan hak penjagaan sementara kepada Diana sehingga 30 Mei depan.

"Semua berjalan dengan baik, saya tak nak ulas lebih lanjut, cuma doakan yang terbaik dan harap kita boleh buat kesimpulan dan penyelesaian.

"Ini bukan menang kalah, sebaliknya nak yang adil untuk anak-anak," kata Diana.

Pada 28 Mac lalu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak diberikan kepada Diana.

Untuk rekod, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Aurora