Selepas menerima teguran daripada netizen, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha nekad membatalkan kontrak dengan beberapa jenama pro Israel lebih awal.

Terima Teguran Netizen

Menerusi hantaran di Instagram Story, Daiyan berkata dia bersyukur dengan gerakan #Blockout2024 yang dilakukan orang ramai telah menyedarkannya mengenai nasib rakyat Palestin.

“Harap maklum bahawa kita (artis) semua mempunyai kewajipan kontrak yang berbeza terhadap jenama yang berbeza.

“Saya bersyukur kerana saya telah dibenarkan untuk menamatkan kontrak saya lebih awal dengan beberapa jenama yang saya bekerjasama rapat.

“Saya menghargai pemahaman semua orang. Saya bersyukur kerana isu ini membawa kita semua kembali fokus kepada Palestin,” katanya.

Netizen Puji Tindakan Daiyan

Rata-rata netizen dan peminat memuji tindakan Daiyan itu selain turut mendoakan agar rezeki selebriti tersebut lebih luas.

“Rezeki ada di mana-mana, semuanya milik Allah, Dia memberi, Dia menarik semua dengan sebabNya. Kita tahu, hanya Allah yang tahu.

“Selebriti yang tidak melenting, berlapang dada menerima teguran dan berani bertindak dengan segera. Good job Daiyan! Insya-Allah rezeki Daiyan sentiasa ada. Ramai yang mendoakan Daiyan di sini.

“Terima kasih Daiyan Trisha. Saya mendengar berita dan unblock. Tolong teruskan bersuara untuk Palestin,” komen netizen.

Terus Suarakan Mengenai Palestin

Dalam hantaran sama, aktres itu meminta orang ramai agar tidak berhenti menyatakan sokongan terhadap nasib yang menimpa saudara Islam di bumi Gaza.

“Sebenarnya ini bertindak sebagai peringatan untuk saya juga. Saya berharap kita semua akan terus berjuang untuk saudara-saudara kita di Palestin.

“Saya akan terus menunjukkan pendirian saya. #FreePalestine #AllEyesOnRafah,” ujarnya lagi.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji tindakan Daiyan yang berani membatalkan kontraknya.

BERITA TRENDING: Daiyan Trisha Dipersoal Kenapa Tutup Tarikh Pada Resit Sumbangan Gaza

BERITA TRENDING: Daiyan Trisha Tunjuk Bukti Beri Sumbangan Tabung Palestin Cecah RM100,000 - “Minta Maaf Jika Cara Saya Tak Tepat”