Pempengaruh Cikgu Ayu mengakui bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa mengaibkan dirinya.

BERITA TRENDING: Cikgu Ayu Menangis, Dakwa Dirinya Dibuli Pihak Atasan - “Aku Dah Berhenti, Dia Masih…”

Memetik Harian Metro, Cikgu Ayu atau nama lengkapnya, Nor Anis Idayu berkata dia juga mahu bertemu dengan individu tersebut bagi mendapatkan penjelasan mengapakah dia diperlakukan seperti itu.

“Saya sudah menghubungi pihak berkenaan sebanyak 10 kali, namun langsung tidak berjawab. Saya mahu bersemuka dengannya dan nak tahu apa masalah dia masih menggunakan nama saya walaupun sudah berhenti.

"Jika perkara sebegini berulang lagi saya bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya," katanya.

Tambah Cikgu Ayu, dia mengambil pendekatan berkongsi perkara itu kepada umum bagi mengelakkan perkara sama berlaku kepada rakan guru lain.


Katanya, ramai lagi Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan guru pra-sekolah menerima nasib yang sama.

"Saya tularkan disebabkan tidak mahu rakan guru saya dapat pegawai pembuli seperti dia. Peringatan juga kepada yang bakal menjadi pegawai supaya menjadi pegawai yang membantu melahirkan pendidik berkualiti bukan membantu mengaibkan lagi pegawai bawahan.

"Saya juga harap Menteri Pendidikan dapat mengambil tindakan terhadap pegawai yang bersikap membuli ini.

"Saya menerima banyak mesej peribadi (DM) daripada PPM dan guru pra-sekolah yang terkesan dengan tinjauan yang dilakukan oleh pegawai itu.

"Ramai yang terpaksa mengambil ubat depresi kerana dia (pegawai) turun pada bukan untuk membimbing tetapi mencari kesalahan setiap guru dan PPM," katanya.

Menurutnya, tindakan individu terbabit yang sengaja memalukan dirinya menyentuh emosi sehingga terkena serangan panik (panic attack).

"Kenapa saya buat pendedahan adalah untuk memberitahu kebenaran kenapa saya berhenti.

Disebabkan gambar saya masih digunakan dan ayat individu itu apabila menunjukkan gambar meja guru bersepah iaitu 'ni meja salah sorang guru viral yang korang suka sangat tu".

"Ia agak menyentuh emosi saya dan terus 'panic attack' selepas mendapat mesej itu," katanya.

Terdahulu, tular kisah Cikgu Ayu yang menangis ketika membuat sesi siaran langsung di TikTok dengan mendakwa bekas pegawai atasannya menggunakan nama serta gambarnya dalam beberapa taklimat bersama guru lain untuk dijadikan sebagai contoh buruk.

BERITA TRENDING: Netizen Seriau Tengok Pelajar Sekolah Rendah Zaman Sekarang ‘Crush’ Dekat Cikgu… Siap Confess! – “Saya Suka…

Menerusi video sama, Cikgu Ayu mendedahkan dia berhenti menjadi guru pra-sekolah juga disebabkan oleh individu terbabit.

Sumber: Harian Metro