,
Viral

Cikgu Ayu Menangis, Dakwa Dirinya Dibuli Pihak Atasan - “Aku Dah Berhenti, Dia Masih…”

Gempak
02/02/2024
07:00 MYT
Seorang pempengaruh media sosial, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Ayu tidak dapat menahan kesedihan ketika menceritakan tentang tindakan seorang individu yang didakwa mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Menerusi video siaran langsung yang dilakukan di TikTok baru-baru ini, Cikgu Ayu mendakwa salah seorang pegawai pendidikan cuba memburukkan namanya walaupun dia sudah tidak bekerja lagi.
Wanita yang juga merupakan seorang bekas guru di sebuah pra-sekolah itu juga mendakwa, individu berkenaan masih menggunakan beberapa gambar berkaitannya sebagai modal kutukan kepada pelajar dan guru lain.

Berita Trending: Berani Mati! Pengasas Bulan Bintang Panggil Netizen Tebuk Stock Di Warehouse! - "Aku…

Bukan itu sahaja, Cikgu Ayu turut mendedahkan bahawa individu berkenaan turut menjadi punca dia terpaksa berhenti mengajar.
"Lama aku sabar, aku dah berhenti, dia usik lagi aku. Aku dah berhenti, dia tunjuk gambar aku depan ramai Cikgu pra.
"Dia kata, 'jangan main TikTok' dan sebagainya. Aku berhenti sebab dia. Siapa yang tak sayang, gaji RM4,000 sebulan," luahnya.
Dalam pada itu, hantaran ini telah meraih perhatian netizen yang rata-rata turut bersimpati dengan keadaan yang menimpa Cikgu Ayu dan turut memberikan kata-kata semangat kepadanya.
“Orang yang dengki dengan cikgu Ayu ni kan mesti hodoh ya. Perangai pun dah hodoh. Moga Allah luaskan rezekinya amin.
“Apa punya busuk hati la manusia kan. Tenang je cikgu Ayu. Ada hikmah di sebalik yang berlaku.
“Doa orang teraniaya sangat makbul. Doa je banyak-banyak Cikgu Ayu. Insya-Allah kifarah tu ada,” tulis beberapa netizen.
Sekadar info, sebelum ini Cikgu Ayu sememangnya pernah tular beberapa kali ketika dia masih berstatus seorang guru kerana kerap memuat naik videonya di aplikasi TikTok.
Difahamkan, dia juga pernah mengakui bahawa tindakannya yang kerap menggunakan platform media sosial itu menjadi antara punca timbulnya isu seperti itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Hiburan

Bawa Watak Bapa, Qi Razali Menangis Kenang Arwah Bapa – “Dia Tak Pernah Tengking, Marah Dan Pukul Kecuali…”

gempak
02/11/2024
04:50 MYT
Pelakon dan pengacara Qi Razali mengakui pertama kali mengalirkan air mata menonton filem lakonannya sendiri.
Hiburan

"Saya Tak Kuat, Allahuakbar" - Noorkhiriah

gempak
25/10/2024
12:25 MYT
Perkongsian pelakon Noorkhiriah tentang tiga adik-beradik yang kehilangan ibu tercinta menyentuh hati ramai.
Hiburan

Buat Isteri Menangis, Fizi Ali Titip Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Perkahwinan Yang Pertama - “Ingat Lagi Dulu Awak Janji Akan…”

gempak
23/10/2024
00:50 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali mencuri tumpuan apabila membuat ucapan manis kepada isteri tercinta, Siti Zulaikha.
Hiburan

Norman Hakim Kongsi Momen Terakhir Ibu Bersama Arwah Bapa - “Selama 48 Tahun Hidup, Tak Pernah Nampak Mak Keluar Air Mata”

gempak
07/10/2024
00:55 MYT
Pelakon, Norman Hakim mengimbas kembali momen terakhir sebelum bapanya, Zaidon Abdul Rahim meninggal dunia.
Unitar