Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Diburu Sensasi, Mimi Lana & Meerqeen Enggan Terperangkap Cinta Lokasi: “Kerja Sekolah…”

Maliah Surip
14/06/2024 01:55 MYT
‘Pernikahan’ perdana kali dalam sebuah naskhah dengan genre fantasy investigative thriller yang disifatkan sebagai sangat tegang membuatkan dua anak seni ini bersahabat.

Namun persahabatan dan keakraban yang terjalin hanya sewaktu di lokasi penggambaran.

Tiada sebab untuk Mimi Lana dan Meerqeen membawa keserasian di dalam layar kaca televisyen ke pentas hidup seharian.

Benar, mereka berlakon dalam sebuah naskhah berjudul Framed yang hampir bertemu penghujung di Astro Premiere (saluran 410) atau strim di platform On Demand dan Astro GO.



Pada saat Framed terus mengundang teka-teki tentang misteri yang hampir terungkai, dua tunggak utamanya iaitu Mimi dan Meerqeen sudah terbang lebih tinggi dalam dunia seni yang menjadi tempat cari makan mereka.

Tidak ada yang tertinggal saat Mimi yang kini sukses bersama tim filem The Experts dan Meerqeen yang mencuri tumpuan lewat drama bersiri Cinta Untuk Sekali Lagi meninggalkan set penggambaran Framed, terutama terperangkap dengan cinta lokasi.

Mereka punya kehidupan masing-masing dan langsung tidak mahu dikaitkan di antara satu sama lain.

Selain berbicara tentang Framed, merupakan produk terkini premium Astro Originals yang diarahkan Sein Qudsi, Merqeen dan Mimi menjawab beberapa soalan peribadi tentang diri mereka kepada #GTheUntoldStory.

#G: Perlu ke pasangan hero-heroin membina chemistry di luar set penggambaran?
ML: Secara peribadi untuk drama Framed ini saya dan Meerqeen membina chemistry di lokasi penggambaran.



Chemistry berdasarkan skrip tidak perlu sampai ke luar.

Kami fahami karakter antara satu sama lain dan semua ‘kerja sekolah’ hanya berlaku di lokasi penggambaran. Tak ada keperluan untuk membawa ia ke luar set.

M: Kami jalankan kerja masing-masing dan saya lakukan perkara yang sama seperti dengan pelakon dalam karya pembabitan saya sebelum ini.

Saya sedar apabila kita terlibat dalam satu naskhah, kita akan terikat lama tapi tidak perlu sehingga luar set penggambaran. Namun saya seorang pelakon yang akan tetap bersahabat atau berhubung dengan rakan pelakon yang pernah berlakon sama kerana menganggap mereka kawan.

#G: Pendapat Mimi mengenai Meerqeen?
ML: Meerqeen adalah seorang pelakon yang senang bekerja. Dia tidak banyak karenah dan selalu mahu belajar serta bertanya. Sejujurnya kebanyakan masa, Meerqeen lebih banyak menimba ilmu dari pengarah Framed iaitu Sein.



#G: Meerqeen pula, apa pandangan anda tentang Mimi yang menjadi heroin dalam Framed?
M: Mimi banyak membantu saya. Jika mahu bercakap dari segi usia, mungkin kami berada dalam range yang sama jadi persembahan dan idea kami agak fresh. Sepanjang penggambaran saya juga banyak diskusi dengan Mimi agar keserasian antara watak saya iaitu Edi dan Mimi (Lia) menjadi.

#G: Bagaimana pula pengalaman berlakon di bawah arahan Sein Qusdi yang dipenuhi pelaku seni terbilang seperti Vanidah Imran, Rusdi Ramli, Nam Ron, Khir Rahman dan Sangeeta Krishnasamy?
ML: Terus terang saya sangat teruja dan gembira dapat terbabit dalam Framed biarpun watak Lia sangat intense (tegang).



Berganding dengan Rusdi Ramli yang menjadi bapa saya dalam Framed misalnya sangat mengujakan. Beliau tidak lokek ilmu dan tahap pro seorang Rusdi walaupun kami sedang menjalani babak yang sangat tegang, kami masih gelak ketawa.

Dengan Vanidah pula saya sangat mengagumi beliau. Saya ada banyak babak bersamanya jadi untuk memastikan saya juga ‘duduk sama level’ dengan beliau, saya mesti lakukan yang terbaik. Berdebar dapat kongsi layar dengan beliau tapi saya sangat teruja.

M: Dalam Framed ada batilion pelakon yang bagus. Dapat bersama dan berganding dengan para pelaku industri yang hebat merupakan satu penghormatan buat saya.

Mahu cakap tertekan itu tidak tapi saya berdebar sehingga jika ada skala per 50, debaran saya mungkin 200 peratus terutama untuk memastikan energi kerja saya sama kualiti dengan mereka.

Bercakap tentang Sein, dia adalah pengarah yang hebat. Dia juga macam abang, kawan serta pengarah yang sangat baik.

Jika mahu mengatakan dia garang, saya melihat dia sebenarnya lebih kepada mendidik terutama buat orang baharu seperti saya.

Mimi Lana Berdamai Dengan Takdir, Merqeen Diburu Kontroversi

#G: Apa pengorbanan yang anda lakukan sepanjang terbabit dengan karya Astro Shaw dan Independent Pictures ini?
ML: Saya sangat teruja kerana impian berlakon dengan Independent Pictures akhirnya tercapai. Sebelum ini saya hanya melihat karya mereka dan kini apabila sudah bersama mereka, ternyata ia sebuah pengalaman yang berbaloi.

Framed adalah sebuah naskhah yang tegang. Ia mengambil latar cerita tentang masa silam dan masa akan datang. Dan ia agak mengelirukan buat saya pada awalnya.



Selepas dua sehingga tiga minggu penggambaran saya mula mengambil guru lakonan untuk membantu saya mendalami apa yang mahu ditonjolkan dalam watak Lia.

Saya tidak mempunyai rujukan untuk watak Lia jadi mahu membinanya secara organik sebab itu saya perlukan guru lakonan. Dan sebenarnya ini bukan kali pertama saya menggunakan khidmat guru lakonan tetapi itu memang cara saya setiap kali bekerja. Saya memang ambil serius dengan setiap projek yang saya buat jadi untuk hasil yang terbaik saya akan lakukan apa sahaja.

Saya juga melakukan semua adegan aski sendiri. Cuma apa yang perlu dilakukan sepanjang Framed berlangsung adalah menyesuaikan diri dengan waktu penggambaran.

Kebanyakan masa penggambaran pada waktu malam dengan mood yang sangat suram. Waktu tidur pula sudah tidak teratur dan itu perlu saya betulkan.

#G: Meerqeen pula apa cabaran anda?
M: Untuk memenuhi tuntutan sebagai Edi saya mempersiapkan diri empat bulan lebih awal. Saya perlu belajar banyak benda seperti cara berjalan, duduk dan semua tentang Edi.

Saya berlatih (work out) tiga kali sehari dalam satu minggu untuk merealisasikan watak Edi yang sesuai.

Pada awalnya untuk satu dan dua episod, saya akui sukar menjadi Edi. Bagi saya ada empat graf saat membawa watak ini dan macam mana pada awal saya perlu memasukkan roh ke dalam tubuh Edi.



Terus terang 10 kali baca skrip pun saya masih tidak faham dan keliru, jadi baca lagi sampai 20 kalim baru faham. Namun itu yang membuatkan saya suka mengenai Framed dan watak Edi kerana apabila tidak faham saya jadi lebih mahu mencabar diri sendiri untuk melakukan yang terbaik.

#G: Sewaktu penggambaran Framed, Mimi juga berdepan dengan masalah peribadi. Majlis pernikahan dengan Syafiq Kyle dibatalkan. Bagaimana anda melaluinya?
ML: Saya rasa semua orang tahu keadaan saya sewaktu menjalani penggambaran Framed tapi Allah permudahkan urusan saya.

#G: Mimi bagaimana boleh anda definisikan mengenai situasi dan penerimaan terhadap lelaki selepas pernikahan dengan Syafiq gagal?
ML: Saya berdamai dengan semuanya dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Saya juga tidak takut terhadap lelaki selepas apa yang terjadi. Saya okay dan berdamai dengan sebaiknya. Hubungan saya dan Syafiq juga baik.

#G: Meerqeen dan kontroversi selalu dikaitkan. Bagaimana anda melihat situasi ini?
M: Ya apapun kontroversi akan terpalit nama saya. Saya sudah terbiasa dan selalnya ‘lari’ dengan cara memberi fokus terhadap karier dan pekerjaan saya.

Cuma saya juga manusia biasa yang ada perasaan. Saya bukannya robot (menghadapi kontroversi). Saya beri tumpuan kepada kerja sahaja.

#G: Anda rasa sudah dapat semua yang dimahukan sepanjang terbabit dalam dunia seni? Bagaimana dengan persaingan?
M: Persaingan itu lumrah. Walaupun saya baru lima tahun tapi boleh dikatakan saya telah mendapat apa yang dimahukan selama tempoh ini.

Tentang pencabar, saya rasa setiap masa akan sentiasa ada pendatang baharu sama ada lelaki atau perempuan.

Saya tidak rasa tercabar tapi apa yang saya lakukan adalah menjadi lebih selektif terhadap naskhah yang dilakonkan supaya kekal relevan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana Ungguli Naskhah Genre Aksi

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Dapat 9A SPM, Meerqeen Mahu Hadiahkan Kereta - “Memang Dah Janji Dengan Dia"

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Reaksi Mimi Lana, Maya Karin & Datuk Aaron Aziz Bila Baca Komen Warganet Mengenai The Experts!

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Foto Bersama Meerqeen, Teka-Teki Foto Ala Pre-Wedding Daiyan Trisha Akhirnya Terjawab

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Sebab Kenapa Meerqeen Kongsi Gambar Tayang Otot- “Dulu Saya Kurus...”

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Mimi Lana #Meerqeen #Chemistry #Framed
;