Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Didakwa Gagal Bayar Deposit & Pecat Penulis Skrip, Noraniza Idris Tampil Jawab Tuduhan - “Bila Masa Aku Lantik, Kau Fitnah Aku..”

Umirah Halim
09/08/2024 10:01 MYT
Didakwa telah memecat salah seorang daripada pasukan Konsert Qalam dan enggan membayar deposit hasil kerja, Ratu irama Malaysia, Noraniza Idris tampil menjawab tuduhan berkenaan.

Nafi pecat

Ujar Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani, dia tidak pernah memecat mana-mana individu dalam pasukan Qalam sebaliknya mendedahkan individu tersebut yang memilih untuk mengundurkan diri.

Malah, dia turut memaklumkan tidak pernah melantik individu tersebut secara rasmi sebagai pengarah persembahannya seperti didakwa oleh pihak berkenaan dan hanya memberi tugasan kepada individu tersebut sebagai penulis skrip.

“Saya sangat terkejut sebab bila masa saya lantik dia sebagai pengarah persembahan secara logiknya kalau tulis skrip pun dia tak boleh nak buat macam mana saya nak percaya dia untuk jadi pengarah persembahan.

“Hakikatnya saya tidak tahu menahu dekat mana yang saya pecat pengarah projek sebab dia cakap dia tak berminat nak teruskan kerja saya, jadi dia tarik diri dan terus keluar daripada group, saya tak sempat nak melantik dia pun tapi di media cakap saya pecat pengarah persembahan.

“Surat lantikan tiada, apa-apa pun tiada lagi dan saya pun tiada lagi persetujuan untuk lantik dia sebagai pengarah persembahan, masih dalam peringkat perbincangan saya hanya baru nak confirm kan dengan dia pasal skrip sahaja,” ujarnya ketika ditemui Gempak.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: “Hati Kama Tak Sama Dengan Lagu Duet Saya Yang Lain Sebab…” - Noraniza Idris

BERITA TRENDING: Dhabitah Sabri Pernah Cedera Di Kejohanan Akuatik

Sementara itu, bercakap mengenai dakwaan tidak membayar deposit hasil kerja penulis skripnya itu, Noraniza memaklumkan dia sudah menjelaskan prosedur pembayaran bagi gerak kerja konsert nya itu.

Namun, selepas beberapa hari bekerjasama, difahamkan individu tersebut sudah mendesak agar wang deposit dibayar bagi hasil kerja tugasan yang sudah diamanahkan.

Kesal nama diburukkan

Malah, Noraniza turut meluahkan rasa kesal kerana individu tersebut bertindak memburukkannya kepada ahli pasukan yang lain.

“Tiba-tiba dia ugut akan tarik semua penajaan kawan-kawan saya untuk tidak menaja konsert Qalam ini.

“Cakap jangan bekerja dengan Noraniza Idris, apa motif dia nak meyakinkan sekreteriat saya jangan percayakan saya. Mereka dah lama bekerja dengan saya.

“Ini bukan program konsert yang mewah ini program CSR (tanggungjawab sosial koporat) yang kita naik tarafkan jadi konsert.

“Kita buat kerja CSR ni macam program amal jadi daripada awal saya dah terangkan dekat team sekreteriat saya kita jalankan konsert ini semua tak makan gaji, tapi bila kita dah dapat dana baru kita bahagikan dan semua faham saya dah cakap dah selepas satu ogos baru kita akan beri allowance.

“Saya tak pernah buat perlantikan secara rasmi tapi baru limahari bekerja sama dah meminta duit, saya tertekan dengan orang seperti itu.

BERITA TRENDING: Noraniza Idris Bakal Tampil Dalam Konsert 'Qalam Noraniza Idris'

BERITA TRENDING: "Jangankan Gunung Fujiyama" - Lirik Lagu Viral 'Cintaku Sampai Ke Ethiopia' Yang Pernah Dinyanyikan The Gadys & Noraniza Idris!

“Saya terkilanlah bila berjumpa dengan orang sebegini sebab depan baik tapi sanggup burukkan saya, buat laporan polis apa dosa dan jenayah saya dah buat dekat dia.

“Dia berani dekat media dan seketeriat sahaja, apa motif dia, attention seeker lah dia nak perhatian, kalau aku salah aku minta maaf tapi dalam keadaan ini kau memfitnah aku,” tegasnya lagi.

Bagaimanapun, Noraniza memaklumkan dia enggan bersemuka dengan individu tersebut bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Namun, pelantun lagu Dikir Puteri itu mengakui berlapang dada untuk memaafkan individu tersebut.

Terdahulu, individu yang dikenali sebagai Anwar Rusdini mendakwa dia disingkirkan daripada pasukan Konsert Qalam oleh penyanyi Noraniza Idris yang bakal berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka September depan.

Untuk info, Konsert Qalam Noraniza Idris yang dianjurkan oleh Tatih Seni Academy dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya akan diadakan selama tiga hari pada 27 hingga 29 September depan.

#Skrip #Bayar #Idris #Deposit #Pecat #Noraniza #Anwar #konsert qalam