Hiburan
Noraniza Idris Bakal Tampil Dalam Konsert 'Qalam Noraniza Idris'
Ratu etnik irama Malaysia, Noraniza Idris, bakal melangsungkan konsert berjudul Konsert Qalam Noraniza Idris pada 27 hingga 29 September ini di Panggung Bangsawan, Melaka.
Perjuang lagu etnik
Menurut Noraniza, dia mahu terus perjuangan lagu etnik dan akui memikul tanggungjawab besar untuk menaikkan muzik irama Malaysia selepas pemergian komposer terkenal, Allahyarham Pak Ngah."Dulu kita ada Pak Ngah tetapi sekarang dia dah tiada. Siapa nak bangunkan, takkan kita nak menyerah begitu sahaja?
"Saya rasa, saya kena buat sesuatu. Irama Malaysia ini perlu ada penggerak yang (kena) berani (untuk) ke depan,” katanya kepada Gempak selepas sidang media Konsert Qalam Noraniza Idris, baru-baru ini.BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: “Hati Kama Tak Sama Dengan Lagu Duet Saya Yang Lain Sebab…” - Noraniza Idris
BERITA TRENDING: "Saya Minat Kak Ani Dari Kecil" - Hazama Terharu Dilamar Duet Lagu Baharu Noraniza Idris Penawar Kita
Ratu Irama Malaysia itu bakal mengetengahkan konsep 'konsert dalam pertandingan' menghimpunkan kumpulan tarian etnik yang layak ke peringkat kebangsaan untuk mengiringi persembahannya.Konsert terbabit adalah bersempena sambutan Hari Malaysia yang berlangsung pada bulan September nanti.
Konsert itu juga dijalankan demi menebus semula kekecewaan terhadap Konsert Malai Solo yang dibatalkan dua tahun lalu.
BERITA TRENDING: Tak Tinggal Sebumbung, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak
BERITA TRENDING: Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Jadi Punca Cerai - “Untuk Capai Tahap Keredaan & Datang Bersama Ke Mahkamah Bukanlah Mudah
Konsert dianjurkan oleh Tatih Seni Academy dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya akan diadakan selama tiga hari di Panggung Bangsawan, Melaka.
Tiket boleh dibeli pada harga serendah RM99 (Sawo Matang), RM149 (Ala Dondang), RM199 (Masyhur), RM249 (Seri Balas) di laman web Ilassotikets.
Must-Watch Video