Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris mengakui yang lagu Hati Kama merupakan lagu duet berentak tradisional paling istimewa yang pernah dirakamkan.

Noraniza berkata, selain bersifat unik, Hati Kama juga menampilkan satu penceritan sehingga mengeluarkan satu rasa dari dalam.

BERITA TRENDING: "Suara Sedap Ke Tak, Semua Bergantung Pada..." - Nasihat Kak Ani Buat Finalis GV9

“Hati Kama ini merupakan sebuah lagu duet yang lain daripada lain. Benar, saya ada lagu duet lain, tapi tak sama dengan Hati Kama. Lagu ini merupakan karya masterpiece Allahyarham Pak Ngah.

“Lagu ini seperti ada penceritaan sehingga mengeluarkan rasa dari dalam. Ia sangat unik bagi saya. Tambahan pula, masa kita nak naikkan genre Irama Malaysia ketika itu, kita berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Hal ini membantu secara tak langsung membawa Irama Malaysia ke peringkat yang seterusnya,” katanya kepada Gempak.

Melanjutkan bicara mengenai persembahannya bersama bintang All Stars Gegar Vaganza, Liza Hanim, Noraniza berkata, dia hanya mengikut konsep yang diputuskan oleh rakan duetnya itu.

“Konsep persembahan Liza yang urus, saya ikut apa yang Liza nak. Dari segi keseluruhan, kalau peminat lagu Hati Kama rasa terubat rindu, saya berasa bersyukur.

“Maklumlah, pentas Gegar Vaganza ini ramai peminat, ditonton seluruh Malaysia dan juga Singapura serta Brunei. Dan saya percaya, mereka memang ternantikan persembahan yang meriah-meriah sebegini,” katanya lagi.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

BERITA TRENDING: Kak Ani Tiada Kena Mengena Dengan Skim Rumahku Syurgaku, Akui Jadi Mangsa Keadaan

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.