Pesohor Indonesia, Rossa memberi respon setelah kecoh kononnya dia adalah wanita yang membuat rumah tangga pelaku seni dan YouTuber Reza Arap dan isterinya, Wendy Walters berantakan.
Nama Rossa muncul selepas ada netizen yang meneka wanita dengan permulaan nama R adalah dirinya.
Malah netizen mengaitkan keakrabannya dengan anggota kumpulan Weird Genius yang pernah popular menerusi lagi Lathi itu dalam sebuah program realiti televisyen adalah salah satu sebab mereka menjalin hubungan sulit.
Ada juga yang mendakwa Rossa memang menjadi kekasih gelap Reza Arap apabila dia menerima sejambak bunga dari lelaki itu usai melakukan sebuah persembahan.
Meski berasa lucu dengan tuduhan tersebut, Rossa tetap menganggap ia sebagai dakwaan yang serius, apa lagi ia membabitkan maruahnya sebagai seorang ibu tunggal yang cuba menghancurkan keharmonian rumah tangga orang lain.
Tidak mengambil masa lama, Rossa melalui platform Instagramnya termasuk Twitter memberi respon kepada isu tersebut.
Dengan santai tetapi cukup untuk mematikan gosip liar itu, Rossa menulis sesuatu yang disambut dengan pelbagai respon dari penggemarnya.
“Saya suka yang sepet (mata). Sudah itu saja,” tulisnya menjawab pertanyaan netizen.
Jawapan ringkas tersebut membuat netizen terhibur kerana Reza Arap memang memiliki sepasang mata bundar, bukannya sepet.
“Sumpah, respon kalian lucu. Chill okay,” jawab wanita berusia 43 tahun itu.
Maliah Surip
Thu Sep 22 2022
.png?ext=.png)

“Dia Kena Hadap La Benda-Benda Macam Ini” - Sharnaaz Ahmad Anggap Noor Nabila Wanita Kuat
Insya-Allah Nabila kuat!

GV10: “I Didn’t Do Well At All…” - Aishah
Aishah akui persembahan kurang memuaskan.

Payudara Nadin Amizah Diraba: “Sungguh Merendahkan Martabat Saya…”
Penyanyi Nadin Amizah melahirkan rasa kesal dan marah

Siti Nurhaliza Back Up Liza Hanim, Sekolahkan Netizen! - "Peribadi Tak Baik, Hati Hitam"
Tak baik kutuk fizikal orang.

Gara-Gara Jadual Terlalu Padat, Gisele Bundchen Pernah Berniat Mahu Terjun Bangunan
Gisele akui pernah ada gangguan mental

"Pandemik Rosakkan Rancangan Saya" - Datuk Shake Balik Malaysia Bikin Konsert Di Zepp KL, Janji Nyanyi Lagu Tiga Bahasa!
Konsert Datuk Shake di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Disember 2023.

Senarai Tugasan Lagu Konsert Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza
Semak senarai lagu konsert kedua All Stars Gegar Vaganza!

Smart! Foto Pra Perkahwinan Noh Salleh & Fatin Athira Dapat Pujian Netizen
Memang cantik!

GV10: Ramai Komen Tentang Hos, Ini Jawapan Wakil Astro: “Kita Akan Bedah Siasat, Mungkin Ada…”
Meriah GV10 ada Nabil, Jihan dan Kak Lina.

Giliran Ustazah Asma’ Harun Tegur Aksi ‘Soft Porn’ Pasangan Selebriti - “Itu Perbuatan Maksiat Yang Berat!”
Semoga menjadi pengajaran.