Berita

Didakwa Kaya Sebab Jual Bayi, Ini Penjelasan Abby Abadi...

gempak
ZULHILMI JALIL
13/11/2020
06:45 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Kaya Sebab Jual Bayi, Ini Penjelasan Abby Abadi...
Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa terkilan apabila terdapat pihak yang mendakwa konon dirinya melakukan aktiviti menjual bayi kepada pasangan yang mahu mengambil anak angkat.
Menurut Abby, hakikat sebenarnya, dia hanyalah menjadi pengantara sahaja antara keluarga bayi dan keluarga angkat tanpa melibatkan sebarang pemindahan tunai kepadanya.
"Saya uruskan untuk orang lain sebab bayi yang saya uruskan tu semua maknya cari saya untuk dibantu. Saya bantu semampunya. Kebanyakan dalam kesusahan, tak ada duit langsung.
"Saya dahulukan lagi duit saya. RM200, RM300, RM500, RM1,000. Yang bersalin pun ada yang pinjam duit saya sampai RM6,000, RM2,000. Janji nak bayar lepas serah bayi dekat mak pak angkat, hilang...
"Macam-macam lagilah cerita tapi saya tak kongsi sebab sehabis baik tak nak aibkan sesiapa.
"Susah ke nak percaya ada yang boleh je bantu orang lain tanpa mengharapkan apa-apa? Korang ingat semua hati busuk macam korang yang syok bersembang membabi buta di forum.com tu," luahnya menerusi satu entri di Instagram.
Bahkan, jelas Abby lagi, memang ada bayaran yang perlu ditanggung keluarga angkat, begitupun ia hanyalah untuk urusan bersalin ibu bayi berkenaan sahaja.
"Bersalin sendiri pun ada kos. Kos tu untuk mak bayilah. Dah mereka bersalin tu ingat main-main ke? Normal lain, swasta lain. Berpantang lagi. RM5,000, RM7,000, RM10,000, RM15,000.
"Memang ada bil yang tinggi macam tu sebab tu saya cari yang mampu. Sejak dari awal saya memang jadi perantara dan duit apa pun tak lalu kat saya.
"Saya kenalkan sahaja dan terus mak pak angkat berurusan sendiri. Jadi bilanya saya menjual bayi ni?" ujarnya.
Bahkan, dalam satu entri berasingan, Abby turut mendedahkan bukti pembayaran bil hospital mencecah lebih RM14,000 yang perlu ditanggungnya ketika mahu mengambil anak angkatnya, Maira Darda Farisa sebelum ini.
Lebih terkilan apabila ada yang mendakwa dia hidup mewah hasil kegiatan 'menjual' bayi.
"Ada yang tuduh saya kaya sebab jual bayi. Ya Allah! Berat tuduhan tu. Bila nak minta maaf tu?
"Tak nampak ke saya dan suami bekerja berniaga macam-macam. Ke sana sini sertai acara, berniaga dah macam peniaga pasar malam. Bulan-bulan terkejar-kejar nak bayar itu ini, marah anak-anak supaya berjimat," katanya.
Kata Abby dia tidak menyangka tetap ada insan yang seolah-olah busuk hati cuba mempersoalkan usaha murni orang lain dalam membantu orang lain.
"Bosan ke dah tak ada cerita panas tentang saya? Cerita-cerita tentang bantuan untuk selamatkan bayi-bayi yang tak berdosa ni pun nak berburuk sangka ke? Kenapa orang kita suka dengki dan busuk hati ya? Seronok ek menyebar fitnah?," katanya.
Sebelum ini, Abby pernah mendedahkan sudah membantu lebih 30 keluarga yang tidak dikurniakan cahaya mata untuk mendapatkan anak angkat.
BACA: Abby Abadi Selamatkan Bayi Nak Dibuang, Gigih Rentas Negeri Serah Baby Tengah Malam Kepada Keluarga Angkat
Abby yang mendirikan rumah tangga dengan Faizal mempunyai tiga orang anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live