Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat Chris Brown semalam ditahan oleh pihak polis berhubung dakwaan kes rogol dan penyalahgunaan dadah.

Menurut laporan AFP, ia susulan seorang wanita berusia 24 tahun yang membuat dakwaan bahawa Brown, pengawal peribadi dan seorang rakannya telah merogolnya.

Kejadian dikatakan berlaku pada Selasa dan Rabu lalu di sebuah hotel terkemuka di Paris, Perancis.

Bagaimanapun setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan oleh penghibur berkenaan yang sebelum ini turut dikenali dengan perlakuan ganas terhadap bekas teman wanitanya, Rihanna pada tahun 2009.

Brown dilaporkan berada di Paris pada waktu yang didakwa untuk menghadiri satu pertunjukkan fesyen.

Sumber: CNN, BBC