Tindakan pemain sukan Muay Thai, Johan ‘Jojo’ Ghazali yang membandingkan sukan Silat dan Muay Thai mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Dalam sebuah siaran podcast bersama dengan pempengaruh TikTok, Johan Ghazali diminta untuk memilih antara sukan Muay Thai dengan silat.

Johan memberikan jawapan yang dia lebih memilih sukan Muay Thai sambil mengingatkan pandangannya adalah berdasarkan format pertarungan sambil menegaskan silat olahraga agak rumit.
@atukbum #silat #muaythai #muaythaifighter #johan #johanghazali #johanghazalimuaythai #ikouwais #matkilau ♬ original sound - AtukBum
Video yang kini menerima sejuta tontonan di laman TikTok itu menerima pelbagai komen daripada netizen. Sehinggakan, ada yang menuduh Johan merendah-rendahkan seni mempertahankan diri silat.

Susulan daripada itu, Johan tampil memberikan kenyataan terhadap isu tersebut dengan mengatakan yang dia tidak berniat untuk merendahkan sesiapa dan hanya memberikan pandangan dari pengalaman peribadinya.


"Saya tidak pernah nak jatuhkan mana-mana sukan yang lain macam saya mention dalam video itu, saya cuma menjawab berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya

"Saya berharap orang yang terasa akan lebih memahami context di belakang video ini dan perkara yang saya mahu sampaikan," tulisnya pada ruangan komen tersebut.

Berita Trending: Menang Undian Media Sosial Tapi Tidak Di Padang, Netizen Masih Letak Kepercayaan Pada Pasukan Malaysia - “You Did Your Best”

Bagaimanapun, Johan turut akur dan tidak menghalang orang lain daripada memberikan pandangan mereka.

Dan pada masa yang sama dia kekal mempertahankan pandangannya.

Untuk rekod, anak kelahiran Sarawak ini telah mencapai pelbagai kejayaan dengan terbaharu adalah berjaya menewaskan lawan Edgar Tabares dari Mexico dalam masa 36 saat.