Pernah menyertai program realiti TV popular, Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Diddy Hirdy bagaimanapun tidak hanya mahu bergantung pada karier nyanyian semata-mata untuk meneruskan hidup tapi mahu menjadi seorang pensyarah muzik yang melakukan banyak kajian.

Ujarnya, selepas menamatkan pengajian peringkat Sarjana selama setahun pada tahun 2015, dia kemudian tidak melepaskan peluang menyambut pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Liverpool, United Kingdom.

"Kehidupan di dalam universiti sebenarnya seronok sebab dapat bercampur dengan pelbagai masyarakat antarabangsa.

"Mereka bersikap terbuka dan tidak bersikap rasis dengan orang Islam," katanya kepada Astro Gempak.

Akuinya, meskipun wujud budaya Islamophobia di UK tapi ia tidak menular di universiti.

"Berada di sana adalah tempat untuk semua orang dan berasa bebas. Malah, di bawah perpustakaan ada surau dan sememangnya pihak universiti mengambil kira orang muslim mahupun agama lain yang mempunyai bilik untuk aktiviti keagamaan mereka," katanya.

Terima kasih @tokram_ramlims kerana sudi meluangkan masa melayan soalan2 dari Diddy. Teruja dapat masuk rumah Tok Ram yang cantik dan dapat pulak makan asam pedas masakan Tok Ram. Puas hati dapat berbual sampai ke pukul 2 pagi! Dari soalan2 research sampai la post mortem diri sendiri sebagai seorang penyanyi. Banyak nasihat dan ilmu yang Diddy bawa pulang malam semalam dan akan sentiasa jadi azimat dan pedoman dimasa akan datang sebagai anak seni. Thanks again for your valuable time and support! Moga Allah melimpahkan kerahmatan, memudahkan segala urusan, memberi kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kesejahteraan didunia dan akhirat pada Tok Ram sekeluarga. P/s: Sorry Datin Alyah pinjam Tok Ram lama semalam & tak dapat say hi properly sebab tengah recording audio??? #musician #malaysia #music #musicmaestro #musicindustry

A post shared by Diddy Hirdy (@diddyhirdy) on


Diddy memberitahu dia melakukan kajian dalam bidang muzik merujuk pada pengurusan risiko dalam industri muzik iaitu bagaimana membina kerjaya yang efektif dalam industri muzik dari segi jangka hayat artis itu mampu bertahan.

"Kajian saya lebih spesifik terhadap artis daripada program realiti. Dari situ saya boleh kaji mekanisme program realiti TV itu sendiri.

"Program realiti TV biasanya mempromosikan populariti yang sebenarnya bercanggah dengan bintang yang pernah kita wujudkan sebelum ini.

"Jika dulu, kita tak tunjuk bintang tapi apabila keluar artis itu memang sempurna. Proses daripada program realiti TV ini sedikit sebanyak mempengaruhi jangka hayat seseorang artis itu sendiri," katanya.

Menariknya, Diddy menyatakan kajian dalam bidang muzik popular di sana sudah dibuat sejak tahun 1970-an sehingga mempunyai arkib tapi di Malaysia tiada lagi.

"Saya mula PhD di Universiti Glasgow, Scotland tapi penyelia saya tiba-tiba berpindah ke Finland tpai saya kemudian mengambil keputusan untuk kembali semula ke Universiti Liverpool," katanya menyasarkan tamat pengajian pada tahun 2021.

Jelasnya, banyak kajian dan kertas kerja mengenai program realiti dilakukan pensyarah di sana.

Malah, sejak tahun 2014 sudah ada kajian mengenai AF dan nasyid dari Malaysia.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @diddyhirdy