Laman Utama
Difitnah Bercumbuan Ketika Memandu, Pemandu Bas Wanita Buat Laporan Polis
Difitnah melakukan perkara yang tidak senonoh dalam pengangkutan awam, seorang pemandu bas wanita difahamkan telah membuat laporan polis.
Hal ini dikongsi oleh sebuah akaun TikTok yang menggunakan nama Iera Saila.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik, laporan polis dibuat selepas video rakaman dalam bas tersebut tular sehingga memburukkan nama, rakan sekerja dan syarikat bas berkenaan.
@meandmyself1122
Bertaubat lah iffah. Dengan Allah mudah awak nak mintak ampun. Sbb Allah mmg maha pengampun. Tp dengan manusia? Macam mana? Awak delete akaun pon xguna. Fitnah2 awak ni siapa yg nak tanggung? Anak yg dah terdehaka dengan ayah sendiri punca posting awak ni siapa nak tanggung? Now is zaman teknologi. Polis boleh je detect information peribadi awak. ☺️♬ Fitnah - Ical Mosh
Selain itu, laporan berkenaan turut dibuat terhadap seorang wanita yang dikatakan memfitnah pemandu bas tersebut dengan menggunakan penama akaun Iffahdaniahaa dan pengguna platform X, manjoi8715.
Berdasarkan laporan yang dibuat, pemandu wanita itu menjelaskan pada hari kejadian bas lewat tiba di Larkin Sentral, Johor disebabkan kesesakan di lebuh raya sempena Deepavali.
Dalam hantaran lain, Iera Saila turut memaklumkan perakam video berkenaan sudah meminta maaf secara peribadi, namun laporan polis tetap diteruskan untuk membersihkan nama baik kawannya.
“Sebanyak 2.8 juta tontonan. Belum termasuk di portal-portal yang tidak bertanggungjawab. Minta maaf juga kepada perakam. Kita terpaksa jalankan tindakan ini.
“Cuma budi bicara untuk awak mungkin akan dipertimbangkan sebab sudah mengaku kesalahan. Harap yang lain boleh berhenti mengecam si perakam.
“Dan kepada si nan manjoi8715 si pencuri video orang lain dan menyebarkan tanpa usul periksa awak tunggu jap. Laporan polis untuk awak pun dah siap. Kita tunggu tindakan selanjutnya,” tulisnya dalam video berkenaan.
Terdahulu, seorang individu tampil membela pemandu bas berkenaan dan mendakwa rakaman asal video yang kononnya mereka bercumbu adalah tidak benar.
Sumber: TikTok
BERITA TRENDING: Penumpang Lain Pertahan Pemandu Bas Tidak Bercumbu - “Memang Aniaya Orang La Tukang Rekod Ni”
Must-Watch Video