Jenama fesyen kegemaran remaja, Forever 21 telah memfailkan notis perlindungan daripada muflis kerana peningkatan kadar sewa dan persaingan hebat.


Menjadi antara jenama fesyen terawal yang bertapak di Malaysia, Forever 21 dikhabarkan mahu menutup hampir semua cawangan mereka di Asia dan Eropah.


Malah, ia dijangka akan mengecilkan operasi mereka di seluruh dunia dan jenama ini akan hanya akan beroperasi di Mexico, Amerika Latin dan Amerika Syarikat.


Ketika ini, Forever 21 sudah menerima pinjaman USD275 juta (RM1.15 bilion) daripada JPMorgan Chase & Co dan USD75 juta (RM314 juta) dana baharu daripada TPG Sixth Street Partners.


Suntikan dana tersebut dilihat dapat membantu syarikat berkenaan untuk kembali ‘bernyawa’.


Ditubuhkan pada 1984, jenama ini mempunyai keseluruhan 815 butik di 57 negara seluruh dunia.


Minggu lalu, jenama tersebut telah ditutup cawangannya di Jepun dan keseluruhan 14 butik menjelang akhir Oktober.



Sumber: Reuters