Penyanyi Wany Hasrita dikejarkan ke hospital pada jam 7 pagi tadi.

Wany Hasrita menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu dia terpaksa ditahan dan dikenakan kuarantin.

Doktor mengesahkan penyanyi Menahan Rindu itu dijangkiti virus Influenza B.

Menerusi entri tersebut Wany memuat naik fotonya yang sedang terlantar di katil hospital.

Wany meminta agar semua mendoakan kesihatannya dan segera sembuh seperti sedia kala.


Pengikut IG dan peminatnya juga mendoakan agar Wany diberi kesembuhan dan kembali sihat.

Mohon semua doakan kesihatan @wanyhasrita kembali sembuh seperti sedia kala. Wany di kejarkan ke hospital jam 7pagi tadi. Doktor mengesahkan wany dijangkiti virus influenza b. Wany di ditahan dan dikenakan kuarantin. segala kesulitan amat dikesali.

A post shared by Khaleesi In Her Own World (@wanyhasrita) on


Foto: Instagram Wany Hasrita
Oleh: Syafiqah Jalal