Laman Utama

Dikaitkan Dengan Sindiket Pelacuran Kelas Atasan Pula, Chacha Maembong Bengang Lagi!

gempak
Fiza Kamarudin
21/10/2020
08:30 MYT
Sponsor Banner
Dikaitkan Dengan Sindiket Pelacuran Kelas Atasan Pula, Chacha Maembong Bengang Lagi!
Pelakon Chacha Maembong bengang sekali lagi apabila namanya dikaitkan pula dalam sindiket pelacuran kelas atasan yang dibayar antara RM20,000 sehingga RM40,000 satu malam.
Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail berkata, tuduhan yang dilemparkan itu adalah fitnah yang sengaja mahu menjejaskan kerjaya seni dan perniagaan dibinanya.
"Kalau betul saya dapat RM40,000 satu malam, buat apa nak berlakon lagi?
"Saya bekerja dari dulu sampai sekarang memang cari rezeki. Orang nak cakap apa dan fitnah macam-macam, teruskan. Satu hari akan terbukti juga.
“Semalam keluar gosip kaitkan nama saya dalam skandal RM40,000. Ramai mesej peribadi (DM) di Instagram dan komen.
“Kalau betul, saya tak perlu berlakon dan kerja. Tapi itulah, semua itu mulut orang dan kaitkan dengan perangai saya dulu.
“Kalau saya sudah berubah pun, orang tetap kaitkan lagi dengan perangai lama saya. Bagi saya, ia adalah lumrah mulut orang," katanya.
Dalam masa sama, Chacha yang ditemui di lokasi penggambaran drama Bidadari Salju terbitan A Aida Productions juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu menuduh dirinya terbabit dalam aktiviti Macau Scam.
[[BACA: Chacha Maembong Berang Dakwaan Bisnes Guna Dana Macau Scam; "Baca Dengan Bijak"]]
"Beberapa hari lalu saya ada keluarkan kenyataan di Instagram mengenai perkara ini sebab terlalu banyak fitnah yang dilemparkan.
“Konon saya tipu duit orang dengan produk saya. Mereka kata produk saya datang dari wang haram. Saya perlu menjelaskan perkara ini demi menjaga reputasi produk saya apatah lagi ia masih baru di pasaran.
“Lagi pula ini kerjasama saya dengan Alken dan tidak ada kaitan langsung dengan aktiviti haram itu. Saya akan ambil tindakan undang-undang pada komen yang melampau.
“Ia menjejaskan kerjaya, perniagaan dan nama ahli keluarga lain. Saya berani kerana saya tak salah. Jadi apa yang orang nak cakap, cakaplah," katanya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024