Gara-gara meletakkan bayaran RM60 untuk hadir ke acara berbuka puasa bersama, bekas peserta Big Stage 2023 iaitu Meer Nash dikecam netizen di laman sosial.

Menerusi perkongsian di Instastory, Meer Nash turut berkongsi paparan skrin komen netizen yang mempertikaikan tindakannya meletakkan bayaran untuk acara tersebut.

Hairan dengan kebencian netizen terhadapnya, Meer Nash bagaimanapun menjelaskan dia tidak pernah memaksa sesiapa untuk menyertai acara itu.

“Hate comment waktu subuh yang rare. Kenapa rare? Sebab tak sangka bulan puasa ada juga orang hati busuk dengki fasal orang lain, baru saja lepas sahur.

“Saya tak pernah ambik pisau paksa awak join pun event saya, tapi tengok cara komen, macam orang yang kenal saya personally. I don’t get why haters ni have no balls always hide behind all these fake accounts.

“Sampai bila kami yang tak kacau hampa ni nak berdiam diri dan terima saja segala tomahan dan cacian? We have feelings too and like i said I’m gonna stand up for myself,” katanya.

Pada perkongsian yang berbeza, Meer Nash memberitahu dia tidak pernah mengaut sebarang keuntungan selama mengadakan acara bertemu peminat.

“Anyways. alang-alang haters tengah marah saja nak inform 10 pax are sold, ada tinggal lagi 5 pax available

dan untuk pengetahuan, selama saya buat fan event satu sen pun saya tak pernah rasa nak kaut untung.

“My fans always get back what they paid for. What I value most is the time I get to spend with them. So to my fans thank you kepada yang dah RSVP, cant wait to see you on the 31 hari bulan, I love you guys,” ujarnya.