Laman Utama

Dikecam Netizen Susulan Pendedahan Kakak, Syada Amzah Tutup Komen Di IG - “Tak Rasa Malu Ke?”

gempak
Izwan Isa
12/10/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Dikecam Netizen Susulan Pendedahan Kakak, Syada Amzah Tutup Komen Di IG - “Tak Rasa Malu Ke?”

Penyanyi Syada Amzah dilihat mengambil jalan untuk berdiam diri dan menutup ruang komen di Instagram miliknya, susulan kemelut keluarga yang tercetus antara dia, kakaknya, Shila Amzah dan adik beradik lain.

Sebelum ruang komen ditutup, ramai dalam kalangan netizen yang melemparkan kritikan, tidak kurang ada juga yang menasihati dirinya untuk berdikari dan tidak mengharap wang daripada kakaknya.
Begitupun, Syada sempat memuat naik sepotong video di Instagram bersama ibunya, Fauziah Sarman. Menerusi video berkenaan, Syada sempat meluahkan perasaan kepada wanita itu.
“Semoga mak diberi kekuatan, ketenangan. Maafkan kami adik beradik berbalah, bukan salah mak dan mak tak hina macam mana mak dicaci.
“You did your best didik kami. Adah sayang mak, insya-Allah selagi nyawa ada, Adah cuba sedaya upaya jaga mak,” tulisnya.
Terdahulu, Syada menerusi Instagram Story mendedahkan yang dia dan ibunya, Fauziah Sarman dihalau keluar daripada rumah banglo yang didiami seperti haiwan jalanan.
Tidak berapa lama kemudian, Shila membuat pengakuan yang rumah berkenaan merupakan miliknya dan dia mengambil keputusan untuk menjual rumah itu kerana beranggapan ia terlalu besar untuk keluarganya yang sudah makin mengecil.
BACA: Syada Amzah Didakwa Tak Settlekan Job Review Produk Walaupun Dah Dapat Payment?​
BACA: Dikerah Kerja Seawal Darjah 4, Suami Dedah Shila Tak Pernah Pegang Wang Tunai, Kad Bank & IC Hingga Usia…
BACA: Pernah Dilempang Adik Sendiri, Shila Amzah Dah Sampai Limit...​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live