,
Laman Utama

Dikecam Sebab 'Back Up' Janna Nick, Lia Natalia Minta Maaf Dengan Peminat K-Pop

Zulaikha Yusof
24/02/2021
05:56 MYT
Pelakon Lia Natalia, 29, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua peminat K-Pop berhubung tindakannya cuba mempertahankan aktres dan pengacara Janna Nick, baru-baru ini.
Menurut Lia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden berkata dia menyesali dengan kelakuannya itu.
"Kita semua melakukan kesilapan, punya 'struggles'. Dan juga menyesali perkara-perkara di masa lalu kita. Cuma, jangan ulangi kesilapan yang sama!
"Kepada peminat K-Pop, seharusnya saya meletakkan diri di tempat peminat sebelum bersuara.
"Dari lubuk hati saya, maafkan saya seandainya komen yang ditinggalkan itu menyinggung mana-mana pihak," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelakon drama Isteri vs Tunang itu kagum dengan semangat peminat K-Pop dalam mempertahankan idola kesayangan mereka.
"Anda memang terbaik! Saya berharap dapat kelompok peminat seperti anda untuk menyokong kerjaya seni saya. Saranghaeyo!" tulisnya lagi.
Sebelum ini, Janna mendapat kecaman hebat apabila video yang dirakamkan Sharifah Sakinah yang didakwa mentertawakan artis K-Pop yang meninggal dunia pada tahun 2017 dimuat naik semula
Susulan itu, Lia menasihati peminat fanatik K-Pop agar tidak terlalu taksub sehingga menyebabkan Janna terpaksa bersumpah dengan al-Quran.
BACA: Back Up Janna Nick, Tak Fasal Lia Natalia 'Dihentam' Peminat K-Pop, Teruk Kena Maki
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Emma Maembong Kongsi Pengalaman Kena Rasuk, Dakwa Disantau Peminat Melalui Gambar - “Saya Terus Meracau, Mengilai, Muka Basah & Menjerit”

gempak
07/09/2024
01:25 MYT
Pelakon Emma Maembong mendakwa dia pernah disantau oleh salah seorang ahli kelab peminatnya melalui gambar yang dimuat naik di sosial media.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Hiburan

Siti Khadijah Terharu Peminat Datang Buat Kejutan Di Set Penggambaran – “Ingat Food Truck Tu Untuk Majlis Lain”

gempak
31/08/2024
15:55 MYT
Menurut pelakon yang popular dengan drama Ash & Aish itu, dia tidak menyangka peminatnya sanggup datang ke lokasi penggambaran yang jauh semata-mata untuk memberikan kejutan padanya.
Hiburan

“Tak Sangka, Muka Nampak Baik” - Peminat Terkejut Taeil Terlibat Kes Jenayah Seksual, SM Entertainment Terus Umum Keluar NCT

gempak
29/08/2024
14:55 MYT
Anggota Kumpulan K-Pop terkenal, NCT iaitu Taeil didakwa terlibat dengan kes jenayah seksual.
Hiburan

Kubur Penyanyi Glenn Fredly Terbakar Gara-Gara Lilin Dari Peminat

gempak
25/08/2024
08:55 MYT
Penyanyi terkenal Indonesia, Glenn Fredly telah meninggal dunia pada 8 April 2020.