Penata gaya atau stylist, Wanda Hara akhirnya mengakui kesilapan gara-gara mengenakan tudung ketika menghadiri pengajian Ustaz Hanan Attaki yang diadakan pada Sabtu.
Selain itu, Wanda berkata, dia juga telah menghubungi Ustaz Hanan dan menzahirkan permohonan maaf terhadap kekhilafan yang telah dilakukannya itu.
Susulan permohonan maaf yang diberi, ramai dalam kalangan warganet memberi sokongan terhadap Wanda, yang disifatkan sebagai individu yang mahu mengaku salah terhadap apa yang telah dilakukan.
“Kak Wanda mengaku kesalahan, Kak Wanda tetap orang baik. Semoga kebaikan selalu melindungi Kak Wanda,” tulis seorang netizen.
Sementara itu, Ustaz Hanan Attaki juga didakwa telah menerima permohonan maaf Wanda. Menerusi Instagram, Hanan Attaki mendoakan agar Wanda boleh menjadi individu lebih baik.
Nama Wanda Hara tidak asing dalam kalangan selebriti. Antara selebriti yang pernah bekerjasama dengan Wanda termasuklah Raffi Ahmad, Nagita Slavina dan Lyodra Ginting.
Difahamkan, nama asal Wanda ialah Irwansyah dan lahir pada 6 April 1985 di Medan, Sumatera Utara, Indonesia.
Sumber: Instagram