,
Laman Utama

Dikecam Selepas Bergelar Juara TMSMY3, Ayda Jebat Tidak Ambil Hati

Gempak
04/03/2023
06:52 MYT
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat menjelaskan, dia tidak mengambil hati terhadap kecaman netizen yang diterima sebaik sahaja dia dinobatkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) malam tadi.
Ayda menjelaskan, penonton dan juga orang awam sepatutnya lebih bersikap terbuka dan menyokong setiap peserta yang mengambil bahagian dalam program realiti berkenaan.
“Saya sudah jangka mesti ada pertikaian selepas diumumkan sebagai juara TMSMY3 kerana saya sendiri pun rasa ada individu lain yang lebih layak dari sudut vokal dan nyanyian.
“Pertandingan ini menilai bukan saja dari segi nyanyian malah segala aspek seperti persembahan, karakter, pembawaan maskot, pemilihan lagu dan berjaya mengelirukan juri serta penonton dengan pelbagai suara dan teknik nyanyian. Jadi saya rasa adil bila saya menang kerana segala usaha yang saya tonjolkan.
“Saya anggap kemenangan ini sudah tertulis dan ini adalah rezeki saya. Segala kecaman saya terima dengan hati terbuka. Kalau tak suka saya, sekurang-kurangnya lihatlah usaha yang Betta Fish berikan saban minggu,” katanya kepada Gempak.
Pelantun lagu Parah Parah itu ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk penjagaan bayi, Chicco di sini, hari ini.
Ayda menambah, dia berasa hairan dengan sikap beberapa pihak yang dilihat kurang gemar dengan pembabitannya dalam dunia nyanyian.
“Jujurnya saya tidak faham kenapa orang tidak suka apabila saya menampilkan kelainan dalam bidang nyanyian.
“Ramai suka saya menyanyi lagu rancak tapi apabila saya tampil dengan lagu-lagu bergenre lain, mereka mengkritik dan kurang berminat.
“Lebih-lebih lagi apabila saya masuk pertandingan seperti Famili Duo dan TMSMY3, saya cuba menonjolkan vokal saya tapi ada segelintir mengecam,” katanya.
Menerusi program TMSMY3, Ayda membawakan lagu Titanium nyanyian asal David Guetta dan Sia serta duet Salam Terakhir bersama Marsha Milan.
Ayda menewaskan empat maskot lain iaitu Syamel (Nyoq Muda), Han Byul (Pizza Panas), Mimi Fly (Dewi Angsa) dan Hael Husaini (Brokoli).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Persoal Guna Pangkat Ketika ‘Wedding’ Adik Ipar, Atikah Suhaime Tampil Perjelas - “Orang Selalu Ingat Suami Saya CEO, Tapi Sebenarnya…”

gempak
12/10/2024
01:55 MYT
Pelakon Datin Atikah Suhaime mencuri tumpuan netizen di media sosial baru-baru ini.
Viral

”Dah Lama Perasan Sebenarnya, Tapi…” - Netizen Approved! Wajah Fattah Amin Dikatakan Seiras BTS Jungkook Versi Malaysia

gempak
11/10/2024
11:25 MYT
Pelakon, Fattah Amin menjadi perhatian netizen selepas tular sebuah video yang membuat persamaan dirinya dengan anggota kumpulan K-Pop terkenal iaitu BTS Jungkook.
Hiburan

Selepas Tular Cium Doh Makanan, Pekerja Auntie Anne’s Didakwa Ada STD?

gempak
10/10/2024
04:25 MYT
Selepas isu mencium doh makanan, pekerja premis pretzel terkenal di cawangan pusat beli-belah, Auntie Anne’s didakwa mempunyai penyakit ke­lamin (STD).
Hiburan

“Ucapan Sama Setiap Tahun” - Netizen Tanya Bila Afgan Dan Rossa Nak Bernikah

gempak
10/10/2024
03:55 MYT
Dihujani dengan ucapan ulang tahun daripada keluarga, teman dan peminat namun ucapan dari penyanyi, Afgan buat pelantun lagu Terlalu Cinta ini berjaya menarik perhatian netizen.
Hiburan

Perkongsian Foto Hitam Putih Buat Peminat Risau, Aweera Akui Alami Kemurungan - "Terus Terang Saya Agak Murung Selepas..."

gempak
09/10/2024
18:55 MYT
Penyanyi Aweera tampil menjawab spekulasi netizen susulan perkongsianya di media sosial baru-baru ini.
BorakSeeni