Laman Utama

Dikejarkan Ke Hospital, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Terhidu Cecair Peluntur - “Sumpah Rasa Nyawa-Nyawa Ikan”

gempak
Azwa Rahman
11/10/2021
12:36 MYT
Sponsor Banner
Dikejarkan Ke Hospital, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Terhidu Cecair Peluntur - “Sumpah Rasa Nyawa-Nyawa Ikan”
Seorang wanita berdepan detik cemas apabila terpaksa dimasukkan ke hospital gara-gara terhidu bau cecair peluntur yang dicampurkan dengan penanggal kotoran.
Menerusi perkongsiannya di laman Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai areuizany menceritakan pengalamannya untuk tatapan umum.
Menurut areuizany, dia berhajat mahu membersihkan bilik air rumah yang baru didiami bersama keluarga namun berasa sesak nafas setelah menghidu bau campuran cecair tersebut.
“Nak basuh toilet guna dua benda alah ni (peluntur dan penanggal kotoran). Sebelum ni tak pernah guna pun dan Ayu bukan jenis yang kaki sental toilet. Setakat mangkut tandas guna harpix ke aa tu penah la.
“Disebabkan baru pindah rumah, nak sental la toilet bagi bersih dan nak dijadikan cerita semalam Ayu campur dua benda ni sekali gus dalam satu baldi. Letak clorox dulu and baru letak stain remover koko ni.
“Ayu bukan campur sikit tapi dalam kuantiti yang banyak macam aku tekan sabun. Dan sebab ingat stain remover tu macam sabun, aku pi letak muka hidu bau benda ni dalam baldi, sumpah tajam gila.
“Dan tak sampai beberapa saat satu rumah bau. Nasib ada Hawari dia cepat-cepat lari ambil Naufal masuk bilik tutup pintu sebab budak tu pun dah terbatuk-batuk dan masa tu Ayu pun dah terbatuk non stop tapi gagaj juga pi curah dalam toilet sebab cemas.
“So jadilah bertambah bau tu merebak satu rumah mana dengan pintu tingkap tak buka. Masa tu rasa dada kena block tak boleh nak nafas. Sumpah aku rasa macam nyawa-nyawa ikan. Tak tahan sangat terus cari udara luar.
“Tak sampai setengah jam dada sakit sangat macam sesak nafas. So terus siap-siap pecut pegi kecemasan.
“Masuk kecemasan terus kena ambil darah dengan drip air sebotol. Alhamdulillah kena x-ray result takde apa. Actually kena admit ward satu malam untuk monitor tapi tolak sebab Naufal takde sapa jaga. Memang tawakal ja. Kesian dua beranak tu. Kami dah la baru ja pindah mai negeri orang,” tulis Ayu di laman Twitter. Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya berkongsi kisah sesak nafas masing-masing selepas mengunakan bahan peluntur terbabit.
Tidak kurang juga ada yang berpesan agar sentiasa membaca label serta amaran sebelum menggunakan sesuatu cecair yang berbahaya seperti peluntur dan penanggal kotoran.
Sama kes dengan saya. Geram ada kala jengking dalam bilik air, terus tuang acid (yang cleaner pakai) and clorox. Bau sangat tajam and dada dah mula ketat and susah nafas. Terus bilas benda tu and masuk bilik duduk depan kipas. Tak pergi ER sebab malas nk bagitahu family,” ujar seorang wargamaya.
TBH clorox is not a good chemical untuk cuci toilet.. toilet dah la kurang ventilation, pastu bau clorox kan kuat.. i penah kene sekali, just curah clorox je and no other chemical, memang nak pitam dalam bilik air in a few mins.. please just use proper toilet cleaner je (and no mixing) ye,” komen seorang wargamaya.
Pernah la juga, nak sental toilet. Campur clorox dgn sabun serbuk tu je. Pastu tutup pintu, sambil sental tu rasa sempitnya dada, sesak sangat rasa. Tak tahan, tak blh bernafas, terus buka pintu keluar,” kongsi seorang wargamaya.
Gas yang terhasil tu gas klorin, memang gas yang berbahaya dan boleh menyebabkan sesak nafas dan pedih mata. Jika berlaku keadaan begini sila keluar dari rumah, buka pintu dan berada di tempat yg lapang. Selepas beberapa ketika gas akan mulai hilang. Boleh bilas mata yang pedih dengan air,” kata seorang wargamaya.
Normalise baca instructions dulu before guna untuk apa-apa jenis bahan pencuci,” pesan seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian wanita tersebut telah menerima lebih 19,000 ulang ciap dan 15,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live