Skip to main content

Hiburan

Aisar Khaled Dilaporkan Ke Pihak Berkuasa Indonesia, Gagal Lunas Kontrak Lebih RM1 Juta

Aisar Khaled

Sekilas

  • Influencer Malaysia, Aisar Khaled, dilaporkan kepada Polda Metro Jaya atas dakwaan penipuan dan pencucian wang sebanyak Rp5.7 bilion (RM1.4 juta) oleh sebuah agensi Indonesia.
  • Isu ini bermula daripada perjanjian kerjasama pelaburan yang tidak diselesaikan, walaupun Aisar telah menerima tiga notis undang-undang dan menghadiri beberapa acara sebagai sebahagian daripada penyelesaian.
  • Pihak agensi kini menyerahkan kes kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut, manakala Aisar masih dianggap tidak bersalah sehingga keputusan mahkamah dibuat.
Advertisement

Berita mengejutkan datang daripada influencer atau pempengaruh Malaysia, Aisar Khaled, yang popular di Malaysia apabila dilaporkan kepada Polda Metro Jaya (pihak berkuasa tempatan) atas dakwaan penipuan serta Tindak Pidana Pencucian Uang (TPPU) atau pencucian wang haram mencecah Rp5.7 bilion bersamaan RM1.4 juta.

 

Advertisement

Laporan berkenaan dibuat oleh sebuah agensi dari Indonesia yang sebelum ini mempunyai perjanjian kerjasama pelaburan dengan Aisar, lapor RCTI.

 

Menurut peguam pihak pengadu, isu berkenaan sebenarnya sudah berlarutan agak lama sebelum akhirnya dibawa ke peringkat undang-undang. Peguam yang mewakili klien, Machi Achmad mengesahkan laporan tersebut kepada media tempatan.

 

“Kami mewakili klien untuk membuat laporan terhadap seorang influencer. Influencer ini kami laporkan di bawah Pasal 492, Pasal 486 dan juga Pasal 607 Undang-Undang Nomor 1 Tahun 2023 mengenai Kitab Undang-Undang Hukum Pidana,” kata Machi.

 

Apa yang lebih serius, pihak agensi mendakwa mereka sudah beberapa kali cuba menyelesaikan perkara tersebut secara baik dan kekeluargaan. Malah, Aisar dikatakan sudah menerima tiga kali notis undang-undang, namun tiada maklum balas seperti yang diharapkan.

 

“Kami sudah menghantar notis undang-undang sebanyak tiga kali, tetapi tiada jawapan dan tiada maklumat mengenai keberadaannya,” kata Mochi lagi.

 

Sementara itu seorang lagi peguam yang mewakili pengadu, Michael Sugijanto telah mendedahjan secara terperinci mengapa laporan polis dibuat. 

 

Menurutnya, kemelut berkenaan bermula daripada satu perjanjian kerjasama pelaburan antara Aisar dan agensi terbabit. Nilai keseluruhan kerjasama itu sebelum ini dikatakan mencecah puluhan bilion rupiah. Bagaimanapun, sehingga kini masih terdapat baki kewajipan yang didakwa belum diselesaikan oleh Aisar.

 

“Dalam perjanjian tersebut, baki yang masih belum dibayar oleh Aisar adalah sekitar Rp5.7 bilion (RM1.4 juta), ” jelas Michael.

 

Menurut Michael lagi, sebenarnya sudah ada satu mekanisme penyelesaian yang dipersetujui. Aisar dikatakan bersetuju untuk melangsaikan baki tersebut menerusi kerja secara langsung, termasuk menghadiri beberapa acara yang dianjurkan oleh pihak agensi.

 

Namun begitu, komitmen berkenaan didakwa tidak berjalan seperti yang telah dipersetujui. Pihak agensi juga dikatakan masih cuba mencari jalan penyelesaian.

 

Malah, Aisar sempat menghadiri salah satu acara anjuran mereka pada Julai 2026 dengan bayaran yang dibuat melalui mekanisme pemotongan daripada baki tersebut.

 

“Terakhir pada Julai. Pada Julai dia masih datang ke acara kami, tetapi sebelum itu pun perkara ini sudah agak rumit. Dia datang lagi pada Julai, selepas itu tiada lagi hubungan,” jelas Michael.

 

Seorang lagi peguam, Richard Subroto, mendakwa pihak agensi malah menawarkan bayaran yang jauh lebih tinggi daripada kadar biasa supaya Aisar bersedia hadir ke acara tersebut.

 

“Nilainya sangat tinggi, di atas kadar biasa. Sebab itu dia datang,” katanya.

 

Namun selepas acara berkenaan selesai, komunikasi antara kedua-dua pihak sekali lagi terputus.

 

Menurut pihak pengadu, mereka pada mulanya bercadang menyelesaikan isu tersebut menerusi saluran undang-undang sivil. Bagaimanapun, keadaan berubah selepas Aisar didakwa semakin sukar untuk dihubungi.

 

Michael berkata, pihaknya kemudiannya mula mengesyaki wujudnya niat tidak baik sejak dari awal, menyebabkan laporan jenayah akhirnya dibuat.

 

Lebih-lebih lagi, hubungan antara agensi tersebut dengan Aisar dikatakan sudah terjalin agak lama, sejak influencer berkenaan mula membina kerjayanya di Indonesia. Malah, pihak agensi juga didakwa pernah memberikan bantuan guaman kepada Aisar ketika dia berdepan masalah dengan pihak lain.

 

Kini, perkara tersebut telah rasmi dilaporkan kepada Polda Metro Jaya. Pihak pengadu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan menentukan tindakan seterusnya berhubung dakwaan yang dibuat.

 

“Pada tahap ini, kami sudah berhenti meletakkan harapan,” ujar Michael.

 

Sebagai rekod, dakwaan penipuan dan TPPU terhadap Aisar Khaled masih merupakan dakwaan berdasarkan laporan pihak agensi. Dia hanya akan terbukti bersalah apabila dijatuhi hukuman daripada hakim kelak.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement