Skip to main content

Viral

Mahu Pinggang Seperti ‘Barbie’, Influencer 23 Tahun Jalani Prosedur Ubah Bentuk Tulang Rusuk Di Bali

Mahu Pinggang Seperti ‘Barbie’, Influencer 23 Tahun Jalani Prosedur Ubah Bentuk Tulang Rusuk Di Bali

Sekilas

  • Matilda Baxter, pempengaruh Australia, berkongsi perubahan bentuk pinggangnya yang sangat ramping selepas menjalani prosedur pembentukan semula tulang rusuk di Bali.
  • Prosedur rib remodeling ini melibatkan perubahan struktur tulang rusuk dan mempunyai risiko seperti kesakitan kronik dan pneumotoraks.
  • Penampilan terbaru Matilda mendapat pelbagai reaksi di media sosial, dengan ramai terkejut dan bergurau mengenai saiz pinggangnya yang ekstrem.
Advertisement

Pempengaruh Australia, Matilda Baxter mencuri perhatian selepas mempamerkan perubahan bentuk tubuhnya yang kini memiliki pinggang sangat ramping selepas menjalani prosedur kosmetik di Bali, Indonesia.

Matilda, 23, secara terbuka berkongsi hasil prosedur pada bahagian tulang rusuk bawah yang dilaluinya bagi mendapatkan bentuk pinggang seperti patung Barbie.

Advertisement

Malah, pempengaruh itu sempat berseloroh bahawa pinggangnya kini seolah-olah sudah ‘tiada’ sebelum menyifatkan dirinya sudah bertukar menjadi ‘Barbie’.

Untuk mendapatkan bentuk tubuh tersebut, Matilda dilaporkan menjalani prosedur dikenali sebagai rib remodeling atau pembentukan semula tulang rusuk.

Prosedur berkenaan boleh dilakukan menggunakan teknik berbeza termasuk membentuk atau mengubah kedudukan tulang rusuk dan ia tidak sama dengan pembedahan membuang tulang rusuk.

Bagaimanapun, prosedur yang melibatkan perubahan struktur tulang rusuk mempunyai risiko tersendiri.

Menurut American Society of Plastic Surgeons seperti dipetik Wolipop, antara risiko yang boleh berlaku termasuk kesakitan kronik, parut, perubahan bentuk tubuh yang tidak semula jadi serta pneumotoraks sekiranya berlaku kecederaan pada paru-paru.

Penampilan terbaharu Matilda pantas mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan sebahagiannya terkejut melihat perubahan bentuk pinggangnya yang dianggap cukup ekstrem.

Ada juga yang meninggalkan komen berbentuk gurauan mengenai saiz pinggangnya yang kini kelihatan terlalu kecil.

Matilda sebelum ini sememangnya tidak asing dengan prosedur kecantikan dan terbuka berkongsi mengenai transformasi penampilannya.

Dia sebelum ini mendakwa sudah membelanjakan kira-kira RM150,000 untuk wajahnya, selain menganggarkan kos mengekalkan penampilannya boleh mencecah RM425,000 setahun.

Anda mungkin berminat dengan

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Royal Heritage Embroidered Anarkali Gown for Women | Premium Festive Wear by RANGOLI BAZAAR

Royal Heritage Embroidered Anarkali Gown for Women | Premium Festive Wear by RANGOLI BAZAAR

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Man Singlet Men Slimming Singlet Shaper Body Slim Shirt Shapewear Waist Shapewear Ready Stock 219186

Man Singlet Men Slimming Singlet Shaper Body Slim Shirt Shapewear Waist Shapewear Ready Stock 219186

Must Watch Video

Advertisement