Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Tatty Hassan dikecam netizen gara-gara wajahnya yang dikatakan seiras dengan Yang Berhormat Young Syefura.

Susulan perkara itu, Tatty menyatakan bahawa dirinya tidak ambil pusing dengan kritikan yang diterima sebaliknya berasa gembira dengan rupa parasnya.

BERITA TRENDING: Ibu Guna Identiti Anak Gadis Untuk Pikat Lelaki Online, Ini Kesudahannya…

“Saya malas nak balas balik, saya gembira dengan rupa saya dan bagaimana saya jalani hidup saya.

“Jadi lantak kau lah dik. Kalau melebih sangat sampai level fitnah atau jenayah, kita ambil tindakan je, senang,” tulisnya.

Hantaran itu meraih sokongan rata-rata warganet di mana majoriti memberikan semangat serta membidas individu-individu yang meninggalkan komen negatif terhadap Tatty.

“Tatty awak cantik dan saya harap awak tahu tentang itu,”

“Apa benda lah nak membanding-bandingkan rupa wajah, tubuh badan orang, tak baik. Semua makhluk Allah ada keunikan tersendiri,”

“Yang face shaming pun muka takde lah elok mana, dua-dua lawa kot.”

Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih lebih satu juta tontonan dan 2,000 tanda suka di Platform X.

Sumber: Platform X