gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Netizen Dakwa ‘Bella’ Yang Mula Kaitkan Isu Sugar Daddy, Ruhainies Minta Bukti - “Betul Ke Dia Ada Cakap Macam ini?”
HIBURAN
Siti Saleha Umum Hamil Anak Pertama - “Kami Dah Lama Simpan Rahsia”
HIBURAN
"Duit Dia Memang Banyak, Tak Payah Sugar Daddy Bela Dia" - Risteena
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Dikritik Sebab ‘Kurang Yakin’ Berwajah Melayu, Nina Smith Beri Penjelasan

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
19/09/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
Dikritik Sebab ‘Kurang Yakin’ Berwajah Melayu, Nina Smith Beri Penjelasan
Gara-gara tersilap memberi jawapan mengatakan tidak yakin berwajah Melayu, pelakon Nina Smith menerima kecaman daripada netizen di laman sosial.
Nina bagaimanapun menjelaskan sejak kecil lagi ramai pihak mempertikaikan kebenaran nama penuhnya, Amalina Smith, kerana wajahnya tidak kelihatan seperti kebanyakan gadis kacukan yang lain.
“Dari umur saya tujuh tahun, masuk sekolah tengah check gigi, nurse tanya saya ‘eh awak nama Amalina Smith ni, betul ke awak ni mix? ke awak saja letak’ dan waktu itu saya tak berapa faham.
“Semakin membesar, selalu sangat soalan itu diajukan kepada saya. Jadi, kalau you dah hidup selama 24 tahun dan soalan itu saja yang diberikan kepada you, somehow you akan develop jawapan yang macam ‘aku tahu dalam otak kau ni fikir kenapa muka dia tak macam mat saleh, dia tipu la ni’.
“Sebelum orang cakap macam itu, saya dah cakap dulu ‘saya tahu saya sedar yang muka saya tak macam mat saleh, saya lebih kepada wajah Melayu’. Saya tak cakap benda tidak baik.
Menerusi video penjelasan yang dikongsikan di TikTok, Nina turut memberitahu dia sangat berbangga dengan rupa parasnya dan memohon maaf jika jawapan yang diberikan menyinggung segelintir pihak.
“Saya sangat bangga dengan rupa paras saya. Alhamdulillah, banyak rezeki saya dapat dengan muka Melayu ini. Saya tak kisah muka saya macam mana tapi bila orang pertikaikan benda tu jadi sensitif sikit.
“Macam yela, ‘betul ke nama you’ seolah macam menidakkan… seperti dia nak cakap ayah saya itu bukan ayah saya? Tapi itu masalah peribadi yang saya perlu hadap.
“Bukan ‘insecurity’… mungkin saya salah guna perkataan. Saya bukan tidak yakin sebab muka Melayu, bukan itu maksud saya. Mungkin jawapan saya dan menyinggung sesetengah pihak,” ujarnya.
Terdahulu, video Nina ditemu bual ketika menghadiri uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 mengundang kecaman daripada daripada netizen.
Ia disebabkan jawapan Nina yang mengatakan dirinya mempunyai darah kacukan Malaysia-Amerika namun wajahnya lebih kelihatan Melayu menyebabkan dia berasa tidak yakin.
@mediahiburanofficial Wah, pelakon Nina Smith juga merupakan diantara peserta yang menyertai uji bakat hari terakhir Hero Dewi Remaja 2023 di Eastin Hotel, Petaling Jaya hari ini. #HeroDewiRemaja2023 #HeroRemaja2023 #HeroRemaja #DewiRemaja2023 #HeroRemaja #MediaHiburan #AstroBaharu #TakMacamDulu ♬ original sound - Media Hiburan
Topic Berkaitan
#Nina kacukan
#Nina mohon maaf
#Nina Smith
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement