Laman Utama
Dikritik ‘Sick’ Bela Boneka Sebagai Anak, Ivan Gunawan: “Semoga Anak Ini Beri Keajaiban”
Pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan tidak mempedulikan kritikan masyarakat terhadapnya selepas dia mendedahkan kini menjadi ‘bapa’ kepada 'anak’ yang berupakan patung atau boneka.
Kepada media Indonesia, lelaki berusia 39 tahun ini memperkenalkan ‘keluarga baharunya’ itu selepas dikritik teruk oleh netizen.
Menurutnya, ‘anak’ tersebut diberi nama Miracle Putra Gunawan. Ia dipanggil Eqqel dan didakwa lahir pada 16 Disember 2021.
Advertisement
“Iya sekarang aku ada anak baru, namanya Miracle Putra Gunawan, lahir pada 16 Disember 2021,” katanya seperti dilaporkan Detik.com.
Dia kemudian menjelaskan sengaja memilih nama Miracle buat boneka yang juga memiliki sosok miripnya.
“Miracle maksudnya keajaiban, semoga anak ini membawa keajaiban.
“Apa lagi aku perlu menunggu sehingga enam bulan untuk memilikinya. Memang sengaja wajahnya dibikin sama seperti aku. Dia lahir di Rusia, tanpa aku perlu pergi ke sana,” kata Ivan lagi.
Ivan juga diketahui memiliki seorang lagi 'anak' yang juga merupakan boneka dan diberi nama Marvelous Putra Gunawan.
Lelaki yang sering dikaitkan bersama Ayu Ting Ting ini malah bangga kerana kini menjadi seorang ‘bapa’ tanpa perlu berkahwin sekaligus mempraktikkan kehidupannya yang mempunyai tanggungjawab menjaga seorang anak.
“Kalau mahu memiliki anak sendiri kan ada proses prosenya seperti perlu punya isteri. Jadi dengan ada boneka ini sebagai anak, aku boleh praktis kehidupan berumah tangga juga,” akuinya.
Dia yang juga merupakan seorang hos mengaku tidak terkesan dengan kritikan atau pandangan serong masyarakat terhadapnya kerana membela boneka sebagai anak.
Dengan selamba dia mengaku selain mengeluarkan perbelanjaan dan tidak menyusahkan orang lain, dirinya dapat mengembirakan hati sendiri.
“Sebenarnya aku rasa happy sebab ada mainan. Belanja baju bayi juga.
“Lagipun saya tak hidup atas orang lain. Yang keluar duit aku. Yang main suka suka aku, ya sudah,” katanya.
Terdahulu dalam temubualnya bersama Boy William, dia menegaskan dirinya sedar dan tidak berhalusinasi kerana memiliki boneka sebagai anak.
"Aku sedar dan aku tidak berhalusinasi atau mengalamai gangguan jiwa," tegasnya.
Boy William kemudian membalas: "Aku harap kau tidak gila."
Kredit Foto: Celebrity Okezone
Must-Watch Video