Awal niat di hati, penyanyi dangdut Indonesia, Cita Citata, ingin berkongsi video nyanyian semula karya Olivia Rodrigo berjudul Happier dengan stail tersendiri di Instagram miliknya baru-baru ini.
Tanpa terduga, kritikan 'hadir' apabila ada yang memperbetulkan cara sebutan bahasa Inggeris penyanyi itu termasuk membuat andaian seperti memaksa diri.
"Kedengaran seperti terpaksa. Sebutan bahasa Inggeris juga kurang bagus," tulis salah seorang warganet meninggalkan komen seperti bernada menghakimi.
Ada juga pengikut dengan selamba menyarankan Cita Citata supaya kekal menyanyi lagu dangdut, merupakan genre muzik sinonim dirinya selama ini.
"Nyanyi dangdut saja. Macam dibuat-buat cara nyanyian, jadi tak sedap langsung!” bertalu lagi pelantun hit, Sakitnya Tuh Di Sini itu dihadapkan komen tanpa ihsan.
Enggan melenting dengan kritikan netizen, wanita berusia 26 tahun itu kembali dengan kecintaan memuat naik video terbaharu mendendangkan lagu cover, Zona Nyaman daripada Fourtwnty.
Begitupun, pemilik nama sebenar Cita Rahayu itu menerusi hantaran sama seolah memberi respons situasi sebelumnya dengan menitip kapsyen bermotivasi.
"Jangan buang masa mencari kekurangan orang lain dan menjelekkan apa yang orang lain lakukan," tulisnya.
Penyanyi kelahiran Bandung itu turut mengingatkan umum bahawa merendahkan orang lain, tidak akan menjadikan mereka terlihat lebih hebat.
Entri Cita Citata kali ini menerima reaksi positif, termasuk wargamaya memberi kata semangat kepadanya.
Instagram: @cita_citata
Faizal Saharuni
Sat Jul 31 2021


“Mana Harga Diri Mama?”- Anak ‘Sound’ Ibu Kacau Suami Orang
Anak ‘Sound’ Ibu Kacau Suami Orang
![[VIDEO] Netizen Kasihan Kak Long 7E Diperlakukan Seperti 'Lembu' - Saya Buat Sendiri, Dengan Rela Hati [VIDEO] Netizen Kasihan Kak Long 7E Diperlakukan Seperti 'Lembu' - Saya Buat Sendiri, Dengan Rela Hati](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/kak_long_lembu_header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Netizen Kasihan Kak Long 7E Diperlakukan Seperti 'Lembu' - "Saya Buat Sendiri, Dengan Rela Hati"
Pempengaruh yang pernah tular dengan insiden amukan kedai serbaneka 7-Eleven, Kak Long tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dalam video viral bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan Baby Shima.

Gadis Putus Cinta Rempuh Pagar Rumah Keluarga Bekas Teman Lelaki
Seorang gadis yang baru putus cinta bertindak merempuh pintu pagar kediaman keluarga bekas teman lelakinya dalam satu kejadian di Taman Perling pada jam 5 pagi Ahad.
![[VIDEO] “Macam-Macam Mereka Buat Dengan Gambar Saya…” – Siti Nurhaliza Sekali Lagi Menjadi Mangsa Scammer Penipuan Jual Beli Produk [VIDEO] “Macam-Macam Mereka Buat Dengan Gambar Saya…” – Siti Nurhaliza Sekali Lagi Menjadi Mangsa Scammer Penipuan Jual Beli Produk](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/minimal-aesthetic-business-name-facebook-cover-(34)_1.png?ext=.png)
[VIDEO] “Macam-Macam Mereka Buat Dengan Gambar Saya…” – Siti Nurhaliza Sekali Lagi Menjadi Mangsa Scammer Penipuan Jual Beli Produk
SScammer guna gambar gambar Siti Nurhaliza lagi

Buat Majlis Gender Reveal, Pekin & Mona Allen Bakal Timang Anak Lelaki Sulung
Semoga dipermudahkan nanti.

Malaysia Negara Ketiga Tertinggi Di Dunia Malas Jalan Kaki
Kalau boleh nak parking depan pintu.

Bunga's Secret Garden & McD Virtual Rock Concert Menang Emas APPIES APAC 2022!
Dua produksi terbitan Astro Gempak, Bunga's Secret Garden dan McD Virtual Rock Concert memenangi anugerah emas dalam majlis Anugerah APPIES Asia Pacific 2022 baru-baru ini.

Syarikat Safiey Ilias Didenda Di Mahkamah Miliki, Jual Produk Kesihatan Tidak Berdaftar
Tunggu dan lihat.

Selepas BLACKPINK, Rain Pula Datang Malaysia! Ehem, Tiket Percuma Tau
Hi nama saya Rain, ha gitu. Heheh
.png?ext=.png)
Peminat Anggap Atas Angin Independent Festival Sebagai Taman Permainan, Tolak Tepi Stigma Masyarakat, Penganjuran Perlu Diteruskan!
Peminat mahukan Atas Angin diteruskan