HIBURAN
‘Dilan’ Datang KL Sebagai Penyanyi, Mahu Cipta Nasib Baik BAALE - FORTUNA Live in Kuala Lumpur
Iqbaal Ramadhan menapaki belantika muzik melalui boyband” Coboy Junior pada tahun 2011 bersama Bastian Steel, Teuku Rizky (Kiki), dan Aldy Maldini yang bubar pada 2017.
Tentu sahaja, suka atau tidak nama Iqbaal Ramadhan akan selalu dan terus diasosiasi dengan panggilan Dilan ; karakter yang dimainkan dalam filem Dilan 1990. Iqbaal Ramadhan lebih dikenali sebagai sosok aktor Indonesia yang sudah mencetak pelbagai rekod.
Sehingga ramai yang terlupa bahawa Iqbaal Ramadhan bukan hanya seorang aktor. Iqbaal Ramadhan juga adalah vokalis dan pemuzik. Vokalnya malah dipinjamkan saat menyanyi dalam runut bunyi Dilan 1990 berjudul Rindu Sendiri.
Pada tahun 2024 khabar gembira buat peminat, beliau kembali ke panggung sebagai solois yang bernuansa BritPop yang diberi nama BAALE. Pemilihan nama panggung BAALE memiliki makna tersendiri bagi Iqbaal karena bisa menjadi sebuah kanal berkarya mandiri, independen, dan jujur
Siap mendirikan BAALE dengan setiap posisi selain vokal diisi para pemuzik hebat dengan garapan daripada penerbit, Hendra Jayaputra, terlahirnya album perdana pada tahun lalu.
BAALE menelurkan album perdana berjudul FORTUNA pada Mei 2024. Berisi 11 buah lagu, Fortuna secara ringkas membawa maksud nasib baik.
Dan kini peminat Baale di Malaysia yang sebelum ini hanya mendengar Fortuna daripada spotify atau menonton video klip lagu lewat saluran YouTube dan platform media sosial akan menemui beliau secara langsung.
BAALE buat perdana kali hadir ke Malaysia, tepatnya di Kuala Lumpur bakal mengadakan Konsert BAALE - FORTUNA Live in Kuala Lumpur di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Jun 2025 bermula pukul 8 malam.
Dibawakan oleh Miebird Projects, Konsert BAALE - FORTUNA Live in Kuala Lumpur akan mencipta nostalgia paling manis ubat kerinduan peminat di Malaysia.
Iqbaal Ramadhan menyatakan keterujaan dengan berkata: "Senang sekali untuk pertama kalinya, bisa datang ke Malaysia sebagai BAALE. Bagi saya, BAALE adalah sebuah bentuk dari Iqbaal Ramadhan yang paling jujur dan apa adanya.
‘Lewat album Fortuna yang menyuarakan kisah masa muda meghadapi kesepian dan meraih mimpi. Semoga audience Malaysia bisa berkenalan lebih dekat dan berjalan bergandengan bersama BAALE untuk karya-karya selanjutnya”.
Untuk merealisasikan malam pesta BAALE - FORTUNA Live in Kuala Lumpur, tiket dengan beberapa kategori iaitu RM 198 - RM 218 - FORTUNA (BERDIRI - Zon Hadapan), RM 218 - MUSIM (DUDUK - Bernombor), RM 268 - MALAM MINGGU (DUDUK - Bernombor) dan RM 398 VIP Box - per pax (10 pax per box) boleh dibeli menerusi www.ilassotickets.com.
Must-Watch Video