Hantaran di media sosial pelakon Iedil Putra pada Ahad mencetuskan kegusaran ramai apabila mendakwa tiada khabar berita dari pelakon tersebut sejak awal Jun lalu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram Iedil, pelakon itu dipercayai kali terakhir dikesan ketika menghadiri sebuah acara di Manila, Filipina.



"Adakah anda nampak Iedil? Kami tak mendengar khabar daripadanya sejak acara Netflix dekat Manila hari tu.

"Kami khuatir apa yang berlaku kepadanya sebab dah cuba menghubunginya secara peribadi namun tiada jawapan.

"Kalau kalian tahu Iedil ada dekat mana, tolong maklumkan secara kiriman mesej langsung (DM)," tulis akaun Iedil.



Bagaimanapun, akaun sama telah mengulangsiar hantaran dari Instagram milik @rforresin sekitar tengah hari pada Ahad ketika sesi makan malam bersama dipercayai dimuatnaik akaun terbabit pada Sabtu.

Malah, akaun itu juga berkongsi momen-momen Iedil bersama isteri, Prisia Wulansari Nasution makan malam bersama semalam.

Sehingga kini, belum ada kesahihan sama ada hantaran di akaun Instagram Iedil sahih ataupun gimik seperti yang ditebak warganet.

"Jangan main-main. Kata netflix event kat manila 5 jun. Tapi dekat story ada Iedil 17 hours ago," tulis seorang pengguna.

"If this is a marketing gimmick... it's not funny...," tambah pengguna lain.

"Kalau marketing memang kene maki. Tapi kalau betul semoga cepat jumpa," doa pengguna lain pula.