Sukan

Dipilih Bertugas Di Piala Asia 2023, Pengadil Malaysia, Nazmi Nasaruddin Pahat Sejarah Di Qatar

gempak
Gempak
25/01/2024
11:49 MYT
Sponsor Banner
Dipilih Bertugas Di Piala Asia 2023, Pengadil Malaysia, Nazmi Nasaruddin Pahat Sejarah Di Qatar
Pengadil dari Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin bersama dua penolong pengadil, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid telah mengadili perlawanan Kumpulan D, Piala Asia 2023, Iraq lwn Vietnam di Stadium Jassim bin Hamad, Qatar, yang berlangsung pada Rabu.
Ia merupakan perlawanan sulung ketiga-tiga mereka beraksi di tengah padang sejak saingan Piala Asia 2023 bermula 12 Januari lalu selepas Nazmi ditugaskan sebagai pegawai keempat pada perlawanan China vs Tajikistan (13 Januari) dan Iraq vs Jepun (19 Januari 2024).
Zairul diletakkan sebagai penolong pengadil simpanan bagi perlawanan China lwn Tajikistan manakala Arif sebagai penolong pengadil simpanan bagi perlawanan Iraq vs Jepun.
Pentas Piala Asia 2023 ini penting buat trio set pengadil dari Malaysia itu untuk mereka berada dalam senarai pendek pengadil dan penolong pengadil yang bakal dipilih untuk beberapa siri kursus dan ujian iaitu ‘FIFA World Cup Candidate’ sebagai syarat pemilihan secara merit bagi Piala Dunia 2026 di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.
Ketiga-tiga Pengadil FIFA tersebut merupakan di antara 35 pengadil dan 39 penolong pengadil yang terpilih untuk mengadili perlawanan di sepanjang kempen Piala Asia 2023 di Qatar bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024.
Kredit foto / sumber: @famalaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live