Laman Utama

Dipuja Sebagai Kahar & Fakhri Dalam Projek High Council ‘Sang Liar’ Amir & Mierul Bukan Kaleng-Kaleng, Student MRSM, SBP

gempak
Maliah Surip
18/03/2023
03:55 MYT
Sponsor Banner
Dipuja Sebagai Kahar & Fakhri Dalam Projek High Council ‘Sang Liar’ Amir & Mierul Bukan Kaleng-Kaleng, Student MRSM, SBP
Gerombolan manusia, malah ribuan yang bersesak desak di pusat beli belah KLCC baru-baru ini menjadi bukti nyata bagaimana fenomena sebuah drama lokal tentang bujang di sekolah asrama meninggalkan impak yang bukan biasa-biasa — layaknya dipuja bak bintang dari Korea Selatan.
Naskhah berjudul Projek High Council dengan sentuhan magis di tangan duo Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria membuat golongan ibu bapa pulang menziarah zaman remaja — mengenang kenakalan dan kenangan menimba ilmu di gedung sekolah, terutama di asrama.
Bagi remaja yang sedang menuntut ilmu, babak-babak yang dipertontonkan sejak siri pertama pada Januari lalu di saluran Astro RIA sangat bersangkut dan ‘kena’ dengan momen seorang pelajar.
Namun hal yang membuatkan kesemua jalan cerita Projek High Council ini hidup malah dipuja adalah bagaimana barisan sang aktor muda memainkan karakter mereka dengan berapi-api!
Pemilihan Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Sazzy Falak, Ben Tan, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin, Hazeeq Dean, Aida Aris, Azhar Sulaiman dan Edika Yusof silih berganti memberi kesan tersendiri.
Pun, dua wajah segar lantas penuh karismatik dari dua pemain baharu, Mierul Aiman, dan Amir Ahnaf telah mencetus sensasi unik —- di antara seksinya anak sekolahan yang bijaksana disalut sikap liar membuatkan minat kepada mereka tidak mampu dikendalikan.
#GTheUntold Story menghabiskan separuh hari bersama sang pemegang karakter si Kapla High Council, Kahar (Amir) dan si pemberontak, Fakhri (Mierul) berbicara tentang populariti yang meroket di sebalik kesederhanaan personaliti mereka secara realiti.
#GTheUntoldStory: Jadi siapa Amir dan Mierul secara peribadi di luar karakter Kahar juga Fakhri? Amir: Saya boleh kata 80 peratus kehidupan Kahar dengan Amir Ahnaf sama, sementara 20 peratus lagi masih dalam eksplorasi. Saya anak sulung daripada sembilan beradik. Usia saya 23 tahun dan punya adik hanya selang setahun iaitu 22 di bawah saya. Saya suka menjadi contoh kepada adik-adik. Ia satu tanggungjawab yang besar dan menjadi teladan yang boleh diikut. Saya suka jadi abang, tapi rasa nak sangat juga ada abang.
Di luar set, saya easy going person, manja dan banyak diam tapi saya mudah terhibur.
Jujurnya, karakter Kahar ubah diri saya yang sebenar ke arah mencari rasa. Saya seorang yang susah untuk rasa perasaan. Saya jarang dapat memberi reaksi terhadap momen sedih atau gembira, namun sebab karakter Kahar saya dapat gunakan sekaligus membantu saya meluahkan emosi.
Mierul: Fakhri bukan saya. Mungkin ada beberapa bahagian seperti sikap sensitif adalah saya. Saya sebagai Mierul adalah anak kedua daripada lima beradik, tetapi lelaki sulung dalam keluarga. Saya ada adik perempuan dan seluruh keluarga sangat memberi sokongan terhadap karier saya.
Saya juga seorang yang mudah terhibur dan akan cepat selesa dalam sesebuah pertemuan atau sewaktu berborak. Saya mendapat karisma atau peribadi yang tegas daripada ayah. Ayah akan selalu mendorong saya ‘pergi ke depan’ atau berkomunikasi dalam setiap pertemuan, tetapi mama pula mengajar saya makna cinta.
#G: Sedar tak diri kalian sedang berada dalam radar yang sangat ‘tinggi’? Digilai, dipuja malah menjadi contoh juga paradi dengan karakter Kahar dan Fakhri? Bagaimana beradaptasi dengan populariti yang meroket ini? Amir: Ya, banyak cinta hati. (Cinta hati adalah panggilan bagi peminat Amir). Saya ingat sewaktu awal atau pada episod pertama Projek High Council saya mempunyai bilangan pengikut yang sangat sedikit dalam Instagram. Namun ia mendadak mencecah ratusan ribu selepas drama tersebut menerima perhatian dalam kalangan penonton. Saya juga dikenali sebagai Kahar dan kerja serta karya kami dihargai. Itu sangat mengujakan. Tentang privasi pula, the price is there.
Mierul: Masuk dalam fasa dikenali saya sangat bersyukur dan hargai semuanya. Tapi budak-budak kena faham, apa masukd peminat. Peminat bukan minat kita, tapi dalam dunia semua orang pernah lalu benda tak best atau momen tersendiri yang kebetulan sangat berkait dengan satu-satu karakter yang dimainkan seorang pelakon.
Jadi mereka seperti terhutang budi dengan karakter yang dimainkan sehingga membuat minat kita. Dan saya sangat hargai momen ini walaupun privasi berkurang. Pada saya, privasi berkurang tapi the price is there karya dinikmati, diri dikenali. Tapi ini (privasi berkurang) atas alasan yang baik.
#G: Kalian percaya setiap sekolah berasrama punya Kapla tersendiri dan ada budaya kurang baik seperti yang dipaparkan di Kolej Ungku Dramat (KUDRAT) dalam Projek High Council? Amir: Saya adalah bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu dan pernah memegang jawatan sebagai ketua pelajar. Sejujurnya saya tidak pernah melalui pengalaman seperti yang dipaparkan, tetapi demi menjayakan karakter Kahar, saya mengutip kembali momen zaman persekolahan dan mewujudkan ia dalam drama ini.
Saya boleh kata saya budak baik tetapi saya gunakan aura sebagai ketua pelajar untuk mewujudkan karisma Kahar. Kemudian karakter Kahar dengan sikap Kapla dan high council pula saya belajar dari skrip.
Saya seorang yang berpegang kepada quote, do not show the power sebab kalau kau berkuasa tak perlu tunjuk, sebab sudah memang berkuasa.
Mierul: Saya adalah salah seorang pelajar yang lahir dari Sekolah Sains Alam Shah, sekolah berasrama penuh. Sewaktu sekolah saya biasa-biasa sahaja, agak nakal dan playful.
Di sekolah saya ada geng seramai 14 orang yang terdiri daripada kapten ragbi, kapten bola sepak dan saya salah seorang pemain ragbi.
Bercakap tentang sekolah berasrama, ia seperti hidup dalam satu dunia lain. Saya bukan percaya (High Council) tapi the system is there. Bapa saya pun tengok dia kata the system is there dan semua follow sistem itu. Sebagai bekas pelajar sekolah asrama, tidak ada siapa boleh nafikan. Dan Fakhri jadi anarki yang mahu memecahkan sistem itu.
Ironi, karakter Kahar atau Kapla pada awalnya telah diserahkan kepada saya, tapi apabila dia cuba casting watak Kahar, ia lebih sesuai, dia lebih perform. Tapi saya tidak frust sebab Amir ambil watak Kahar. Tidak ada perasaan macam itu kerana saya percaya setiap karakter dicipta untuk setiap orang. Kahar not meant to be untik saya, tak kena, so kena faham benda ni.
#G: Bagaimana anda berjaya membuat pengarah menyerahkan karakter Kahar atau Kapla kepada anda? Amir: Saya rasa masa casting semua orang ada type of way atau memikirkan seperti apa Kahar akan tercipta. Dan ia berbalik kepada apa yang saya katakan tadi, saya memikirkan Kahar adalah seorang yang berkuasa tanpa perlu terlalu berusaha keras untuk menunjukkan kekuasaannya.
Saya juga suka mencuba watak yang dikatakan tidak sesuai dengan diri saya. Lagi orang cakap lagi saya suka, saya nak break the wall dan berlakon tiada halangan, yang penting study well.
#G: Kalian memang mahu jadi anak seni, pelakon? Amir: Saya sedar boleh berlakon 19 tahun, which is waktu itu tengah berjinak dengan teater di UPSI. Saya sempat terbabit dengan dua naskhah teater. Walaupun sekadar mencuba, pengarah teater banyak cakap ‘awak ada talent tapi tidak tahu.
Sebenarnya dari kecil saya lebih kepada bidang nyanyian. Saya tulis lagu, menyanyi, main instrumen gitar. Melalui lagu saya boleh luahkan perasaan tetapi dengan berlakon juga saya dapat meluahkan perasaan dengan cara yang berbeza.
Dan saya harus akui, dengan penyertaan dalam Hero Remaja adalah laluan terpantas serta terbaik saya menggapai mimpi jadi anak seni.
Mierul: Sepanjang bersekolah, saya fokus dan saya lunaskan impian ayah dan mama untuk melihat saya lulus cemerlang dalam bidang kejuruteraan. Saya passed with flying colours, jadi urusan dengan kedua ibu dan bapa sudah selesai. Sekarang saya mahu buat apa yang saya suka iaitu berlakon, minat saya lebih besar di sini dan why not saya belanja bakat yang ada.
Saya masuk Hero Remaja dan hari ini saya mahu audien serta orang dalam industri percaya dengan bakat saya sebelum sasaran saya menuju Hollywood. Dan saya pegang, dengan kekuatan mimpi, semua orang akan bergerak capai mimpi ini.
#G: Sibuk dengan apa selepas Projek High Council? Amir: Projek terbaharu saya akan bawa watak Tam dalam Games Mangkuk. Dan setakat ini Alhamdulillah, apa yang saya mahu adalah untuk mendapatkan kepercayaan peminat kerana mahu dapatkan itu susah. Saya mahu orang puas hati, itu Kahar bukan Amir. Dan itu sudah tercapai. Kini masa untuk bersama karakter yang baru pula.
Mierul: Saya terbabit dalam sebuah naskhah yang agak santai dengan membawa watak yang tidak berat dan lucu. Namanya Ronaldo dan sangat looking forward dengan projek ini kerana saya mahu tarik kepercayaan daripada semua orang bahawa saya boleh main 100 peratus komitmen dalam semua karakter yang diberi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024