Penyanyi dan komposer Ippo Hafiz menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu kota akibat jangkitan kuman dalam paru-paru sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, Ippo pada Sabtu lalu ditemui hadir ke sebuah majlis pelancaran produk terbaharu milik instafamous Syafiqah Aina di Putrajaya.
Menjelaskan keadaan sebenar, kata Ippo, dia telah mendapatkan keizinan daripada pihak hospital dan kembali semula untuk pemantauan doktor sejurus tamat acara terbabit.
"Saya sekarang telah dalam proses pemulihan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
"Sebelum itu, saya sudah seminggu lebih batuk-batuk dan akhirnya ditahan untuk rawatan lanjut.
"Saya dinasihatkan untuk berehat seketika. Saya diberikan antibiotik dan drip bagi mengelakkan dehidrasi.
"Hari ini saya gagahkan diri juga untuk hadir untuk memberikan sokongan buat sahabat saya, Hafiz dan Aina," katanya kepada Gempak.
Tambah Ippo, punca jangkitannya disebabkan asap bunga api dan mercun ketika sambutan tahun baru minggu lalu.
"Kata doktor kemungkinan besar saya terhidu asap mercun ketika sambutan tahun baru. Alhamdulillah, kini sudah kian pulih," tambahnya.
Ketika majlis ulangtahun pertama NSA Beau, Ippo turut melancarkan muzik video lagu terbaharunya, Saat Bahagia.
"Insya-Allah, dengan pelancaran muzik video ini, diharapkan tahun 2019 menjadi tahun comeback buat saya lebih aktif dalam industri seni," ujarnya lagi.
Lagu Saat Bahagia turut menjadi OST drama rantaian Pujaan Hati Kanda.
Amri Hassan
Mon Jan 07 2019
Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111
Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, pada petang Jumaat dengan sekali lafaz.
Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”
Netizen geram dengan NRF.
Ganti Kucing Hidup, Guna Anak Patung Doraemon Untuk Upacara Panggil Hujan!
Sebuah komuniti di Thailand menjadi tular, gara-gara menggunakan anak patung watak animasi Jepun, Doraemon menggantikan kucing hidup untuk upacara tradisional memanggil hujan.
Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”
Didi pula tampil dengan bukti tangkap layar perbualan Aliff.
B.I Bakal Beraksi Di Mega Star Arena, KL Menerusi B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur Pada 30 Jun Ini!
Bersedia untuk menikmati persembahan daripada penyanyi dan rapper popular, B.I menerusi konsert solo pertamanya, B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, KL pada 30 Jun ini.
Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati
Seorang profesor tempatan baru-baru ini memberikan solusi berani terhadap masalah lebihan populasi merpati di Pulau Pinang.
Ibu Tunggal 2 Anak Datang Klinik Minta MC, Doktor Ini Terkejut Bila Tahu Sebabnya!
Pendedahan yang dibuat seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Ahmad Samhan berjaya mencuri perhatian ramai.
THSS: Bukan Pertandingan Fokus Nyanyian Semata-Mata, Ini Sebab De Fam Bersetuju Sertai The Hardest Singing Show
Kumpulan De Fam mendedahkan kenapa mereka memilih untuk menyertai rancangan baharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show (THSS).
Individu Hina Anak Caprice Diminta Melutut Mohon Maaf, Ada Yang Setuju & Ada Yang Tidak
Penyanyi rap Caprice akhirnya membuat pertemuan empat mata dengan individu yang menghina anaknya baru-baru ini. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, dapat dilihat individu tersebut diminta untuk melutut di hadapan Caprice dan isterinya (Fara Inalis) demi meminta maaf.
Persefahaman Baharu Dicapai, Lagu-Lagu Artis Universal Muzik Group Bakal Kembali Ke TikTok
Universal Muzik Group (UMG) dan TikTok telah mencapai kata sepakat dengan mengumumkan ‘perjanjian pelesenan pelbagai dimensi’ baharu sekaligus menamatkan perselisihan mengenai isu royalti lagu-lagu dari penyanyi di bawah naungan UMG yang telah digunakan sebagai muzik latar di aplikasi TikTok.