gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
LIMA'25: Trak Bawa 25 Anggota Tentera Kemalangan
HIBURAN
Bisikan Terlarang: Pasangan Ajak Tinggal Dengan Mentua? Ramai Pilih ‘Tidak’ Sebab…
BERITA
Nak Bergaya Dengan Tumit Tinggi, Kena Dapatkan Permit Dulu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Disamakan Dengan Ayda Jebat, Suneo? Andi Bernadee Tak Kisah Pun…

gempak
Fiza Kamarudin
06/05/2019
01:57 MYT
Sponsor Banner
Disamakan Dengan Ayda Jebat, Suneo? Andi Bernadee Tak Kisah Pun…
Setiap kali mendengar lagu terbaharu Andi Bernadee, rentak muziknya yang ‘catchy’ pasti ‘menangkap’ hawa telinga pendengar.
Disebabkan itu juga, lagu-lagu yang dinyanyikan Andi seperti ‘Satu Peluang’ dan ‘Donde’ cepat melekat dalam kepala pendengar.
Sehingga ada yang melabel Andi sebagai Ayda Jebat versi lelaki kerana penyanyi wanita itu sememangnya dikenali dan digemari kerana lagu-lagunya yang ‘fresh’ dan ‘catchy’.
“Ya, saya pun suka dengar lagu-lagu Ayda Jebat kerana kebanyakan memang ‘catchy’ dan cepat melekat dalam kepala.
“Ayda memang ada ‘signature’ tersendiri dalam muziknya. Begitu juga saya…kalau boleh saya mahu kekalkan lagu-lagu berentak raggaeton buat masa ini,” katanya.
Andi berkata, dia sendiri tidak menyangka mendapat respons positif peminat selepas dua percubaan dengan rentak raggaeton.
“Saya sendiri memang sukakan lagu-lagu rancak jadi saya fikir apa salahnya jika saya terus pegang genre ini.
“Alhamdulillah, selepas ‘Satu Peluang’, ‘Donde’ juga berjaya memberikan impak luar biasa kepada perjalanan kerjaya seni saya,” katanya.
Selain itu ketika ditanya mengenai netizen yang sering menyamakan wajahnya dengan watak kartun Suneo dalam siri animasi Doraemon, Andi menganggap semua itu gurauan ‘manja’.
“Alah…mereka bergurau saja tu. Tapi kalau betul sama pun mungkin rambut saya ni kot,” katanya ketawa.
Andi ditemui ketika Majlis Pelancaran BB Cushion Shalicious Empire Sdn Bhd di W Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Foto: Instagram Andi Bernadee, Ayda Jebat & Google Image
Topic Berkaitan
#Ayda Jebat
#Andi Bernadee
#Suneo
Must-Watch Video