Laman Utama

Diserang Sihir Pemisah, Aidit Noh & Isteri Pergi Berubat

Izwan Isa
17/01/2023
21:50 MYT
Pelakon dan model Aidit Noh mendedahkan yang kehidupan rumah tangga bersama isteri, Hanani pernah diganggu secara ‘halus’ oleh serangan ilmu hitam.
Menurut Aidit, serangan tersebut ditujukan kepada dia dan isteri ketika dia sedang membintangi drama bersiri Dosa Seorang Isteri Tahun lalu.
“Ketika itu hubungan saya dan isteri agak ‘panas’. Bila kita nak tunjuk kemesraan dengan muat naik gambar je, akan ada je yang tak kena. Dua tiga hari lepas upload gambar mesti akan bergaduh atau bertelagah.
“Selain itu, kami juga kerap diganggu. Masa tu isteri sedang hamil dan dia pernah ternampak kelibat saya walhal saya tiada di rumah sebab sedang shooting. Selain itu, kaki saya juga pernah ditarik ketika sedang tidur,” katanya kepada Gempak.
Menurut Aidit, disebabkan tidak tahan dengan gangguan, dia mengambil keputusan untuk pergi berubat.
“Saya dan isteri pergi berubat sampai ke Pahang. Ketika berubat pun nampak hantu pocong tepi tingkap tengok saya.
“Atas nasihat ustaz, saya padam semua gambar isteri dan kurangkan upload tentang rumah tangga. Sehinggakan ramai yang beranggapan saya dan isteri sudah tidak sehaluan. Sedangkan, kami diuji dengan hal lain,” katanya lagi.
Sudah tidak lagi menerima gangguan, Aidit berkata, dia enggan memanjangkan isu berkenaan sungguhpun mengenali siapakah si pelaku.
“Jujurnya saya tahu siapa. Cuma saya tidak mahu panjangkan hal ini. Sekarang saya hanya ambil langkah berjaga-jaga sahaja. Sentiasa jaga ibadah dan kalau rasa tak sedap hati, kita berzikir dan pasang ayat Al-Quran di rumah.
“Alhamdulillah, selepas rawatan dan mengikut nasihat ustaz, kami tidak lagi diganggu,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Aidit memberitahu yang dia kini sedang giat menjalani penggambaran bagi drama Isteri Halal.
“Drama tersebut merupakan adaptasi daripada siri Filipina terkenal, Legal Wife. Insya-Allah, kalau segalanya berjalan mengikut jadual, Isteri Halal akan ditayangkan pada Februari depan,” katanya.
Selain Aidit, Isteri Halal turut dibintangi oleh Uqasha Senrosa, Isyariana, Nazim Othman dan Amylea Azizan.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ada Kemunculan Hero Baharu Dalam Isteri Halal, Nama Azhan Rani Dipetik Netizen

gempak
26/04/2023
05:58 MYT
Wow! Seriuslah Azhan Rani?
Laman Utama

Isu Wanita – Antara Si Penyondol Dan Bahana Bersuamikan Lelaki Panas Baran

gempak
08/03/2023
09:17 MYT
Isteri Halal dan Andai Itu Takdirnya papar realiti kisah perhubungan suami isteri masyarakat hari ini.
Laman Utama

“Saya Sangat Menjaga Kepercayaan Isteri” - Aidit Noh Berbincang Dengan Uqasha Sebelum Berlakon Babak Mesra

gempak
18/02/2023
03:45 MYT
Aidit dan Uqasha masing-masing profesional.
Laman Utama

“Sukar Percaya Lelaki, Ambil Masa Lama Nak Kenal” - Isyariana Tak Sanggup Berdepan Penceraian, Harap Bertemu Jodoh Yang Tepat

gempak
17/02/2023
06:45 MYT
Kena kenal betul-betul baru boleh ke fasa seterusnya.
Laman Utama

Tergamak Rampas Suami Sahabat Baik Sendiri! Isteri Halal, Papar Isu Curang & Pembohongan Dalam Perkahwinan

gempak
17/02/2023
02:45 MYT
Kawan baik apa kalau jadi penyondol macam ni kan.