Anak kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, Ahmad Fakharuddin Attar ditahan di hospital kerana mengalami demam panas yang agak tinggi semalam.

Aeril berkongsi berita tersebut menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram (IG) miliknya, @aerilzafrel.

Menerusi entri tersebut Aeril memuat naik sekeping foto Attar sedang terlantar sakit di atas katil wad.

"Balik dari Korea hari itu terus demam. Doakan semoga attar cepat sembuh. Mungkin lepas ini kena pegi korea balik kot," tulisnya.

Rata-rata peminat dan pengikut Instagram Aeril turut mendoakan agar anak lelaki mereka kembali sihat seperti biasa.

"@healthyherbashop: Semoga Attar cepat sembuh dan kembali sihat cergas seperti selalu."

"@syamsal79: "Semoga Attar cepat sembuh & dipermudahkan segala urusan Amin."

"@fleur.malaysia: Kesiannya. Mungkin perubahan cuaca kot. Apa pun saya doakan semoga Attar sembuh dengan sempurna. Aameen."


Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.

Balik dari korea haritu terus demam... doakan semoga attar cepat sembuh... . Mybe lepas ni kena pegi korea balik kot..

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi