HIBURAN
Ditawar RM20,000 Hanya Untuk Berborak Di Taman, Zarif Ghazzi Enggan Layan Permintaan Pelik - “Jumlah Itu Memang Banyak Tapi…”
Pelakon meningkat naik, Zarif Ghazzi, mendedahkan dirinya pernah menerima tawaran lumayan mencecah puluhan ribu ringgit daripada individu yang tidak dikenali semata-mata untuk meluangkan masa bersamanya.
Menurut Zarif, tawaran tersebut datang daripada pelbagai pihak dan ada antaranya yang sanggup membayar sehingga RM20,000 hanya untuk berbual-bual santai di taman.
“Saya pernah menerima tawaran, banyak sebenarnya tak kisah daripada lelaki atau perempuan ada yang menawarkan sampai berpuluh ribu.
“Saya pernah ditawarkan sebanyak RM20,000 bukan untuk teman makan atau shopping tapi hanya untuk pergi ke taman dan borak-borak sahaja.
“Jumlah itu memang banyak tapi Alhamdulillah saya masih kuat lagi untuk tidak termakan umpan itu. Dan saya memang tidak akan membalas langsung selalunya saya akan tengok sahaja,” katanya.
Zarif atau Zarif Farahi Effie Ghazzi juga turut berkongis kerap menerima mesej pelik di media sosialnya.
Namun pelakon drama Khun:Sa itu memilih untuk tidak membalas mesej-mesej tersebut bagaimanapun masih menghormati mereka sebagai peminat.
“Banyak sebenarnya, lagi-lagi dekat bahagian request mesej. Selalunya saya akan baca sahaja, sebab sebagai manusia biasa saya pun terfikir kenapa cuma saya hanya anggap mereka sebagai peminat dan terima kasih kerana menyokong saya,” ujarnya.
Must-Watch Video