Berita
Ditegur Gara-Gara Disangka Mahu Menyimpan Tali Pusat Anaknya, Rupanya Elfira Loy....
Pelakon Elfira Loy ditegur netizen selepas gara-gara disangka mahu menyimpan tali pusat anaknya Muhamad Rayyan Khalaf.
Kapsyen yang ditulis Elfira dalam bahasa Inggeris menerusi satu kemas kini di akaun Instagram anaknya itu telah disalah erti netizen.
“Gonna keep this,” tulisnya dibawah foto tali pusat anaknya.
Rata-rata menegur tindakan Elfira selepas menyangka pelakon itu mahu menyimpan tali pusat tersebut tanpa ditanam seperti yang patut dilakukan.
“Tak boleh simpan El, kena tanam sebab ia sebahagian daripada tubuh dan dah jadi bangkai.
“Ustaz cakap memang kena tanam.
“El, jangan simpan, sebaiknya kena tanam sebab dah jadi bangkai...kalau tak salah,” komen antara netizen
Namun Elfira tidak mendiamkan diri malah tampil memberi penjelasan.
“Yelah cheqq oiii, simpan tanamlah tak kan simpan buh jadi keychain pula. Means not throwing it,” jawabnya.
Tidak kurang juga di antara netizen yang menegur sesetengah warganet yang cepat membuat andaian atau serkap jarang.
Elfira dan suami Muhamad Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari tahun ini dan menimang putera sulung pada 1 Oktober baru-baru ini.
Must-Watch Video