Laman Utama

Ditegur Suka Tayang Harta, Rizky Billar Kata: “Tak Apa Sombong”

gempak
Maliah Surip
12/07/2023
01:46 MYT
Sponsor Banner
Ditegur Suka Tayang Harta, Rizky Billar Kata: “Tak Apa Sombong”
Penyanyi Rizky Billar menjadi terkenal bukan kerana prestasi dalam bidang seni tetapi namanya lebih dikenali sebagai suami penyanyi dangdut Lesty Kejora.
Dia kemudian menjadi buah mulut selepas insiden didakwa memukul Lesty sehingga penyanyi kecil molek itu terpaksa menerima rawatan di hospital.
Dan Rizky juga menjadi terkenal kerana sikapnya yang suka mempamerkan atau menayang harta yang dimiliki. Ini termasuklah daripada pakaian yang dibeli, rumah serta kenderaan seperti motor dan pelbagai jenis kereta.
“Alhamdulillah bersyukurnya kami belum sampai 21 tahun berkarier sudah punya banyak pencapaian, sudah bisa beli ini itu," tulisnya sambil video dia beranak anak lelakinya duduk di atas kereta.
Sikap tersebut nyata menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir warganet. Artis Indonesia ini juga dinasihatkan jangan sombong dan belajar untuk tidak mempamerkan harta kepada umum.
Nasihat itu didapatkan oleh Rizky sewaktu dia mempamerkan kereta dan rumahnya di ruangan Instagram Story baru-baru ini.
Teguran itu kemudian dibalas Rizky dengan mengatakan dirinya sengaja berkongsi atau mempamerkan kejayaan khusus buat golongan yang memandang rendah kepada dirinya.
“Sesekali sombong sama orang yang merendahkan kita tak apa-apa. Kita beri beberapa fakta," balas Rizky Billar tegas.
Tidak hanya itu, lelaki berusia 27 tahun tersebut juga sempat menyindir para pembencinya sebagai ‘bodoh’.
“Eh tapi buang masa. Orang bodoh kan diberi 30 fakta sekalipun tidak akan masuk ke otaknya. Beza sama orang bijak, diberi satu fakta sudah langsung faham,” sindirnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024