Ditidurkan Akibat Pendarahan Dalam Kepala, Stacy Mohon Doa Orang Ramai Buat Kesembuhan Abang
Penyanyi Stacy memaklumkan abangnya, Chaq terpaksa ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat mengalami pendarahan dalam kepala.
Menurut laporan Awani, Stacy, 32, menjelaskan tekanan darah dan jantung Chaq dilaporkan rendah selain hati dan buah pinggangnya juga terkesan.
“(Chaq) ditidurkan sebab pendarahan dalam kepala. Dia baru buat pembedahan semalam tetapi masih 'bleeding'.
“Semalam masalah dekat jantung turun naik sebab hati dan limpa dia ada terluka.
"Harap dia terus kuatlah, tetapi saya dapat rasa dia tengah melawan. Insya-Allah mesti dia boleh,“ ujarnya.
Justeru, pelantun lagu Jahat itu memohon semua pihak mendoakan kesembuhan Chaq yang sedang bertarung melawan kesakitan yang dihadapinya pada ketika ini.
“Mohon doakan kesembuhan buat abang saya, Camellus Delleli Anam (Chaq). Semoga Allah merahmati,” katanya.
Sumber- Awani