,
Laman Utama

Dituduh 'Gila Bayang' & Jadi Punca Fatin Afeefa Berhenti Berlakon, Adam Shahz Akui Kini Lebih Susah Nak Jumpa Anak… “Dekat Mana Saya Cemburu?”

Asyikin Mayudin
01/11/2022
02:25 MYT
Pelakon Adam Shahz menafikan dakwaan dia menjadi punca bekas isterinya aktres Fatin Afeefa mengambil keputusan untuk berhenti dari dunia seni.
Adam bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut memandangkan mereka berdua tidak pernah menghubungi antara satu sama lain.
"Bila masa pula saya suruh dia berhenti berlakon? (ketawa) Dia sendiri cakap tak pernah berhubung dengan saya. Macam mana kata saya suruh dia berhenti berlakon?
"Saya menegaskan tak pernah suruh dia berhenti berlakon! Kalau dia kata ada bukti, ala bosan dengan benda macam ini. Saya pun dah tak nak komen apa-apa, rasa dah tak perlu,” katanya.
Terdahulu, Fatin menerusi siaran langsung di TikTok nekad mengumumkan bahawa dirinya keluar dari industri seni selepas menerima pelbagai tohmahan daripada kontroversi mereka.
Fatin yang menangis tersedu-sedan turut memberitahu selama 10 bulan dia tidak aktif dalam dunia seni dan hanya fokus kepada perniagaannya demi membayar yuran persekolahan anaknya.
Tidak terkensa dengan dakwaan dirinya ‘gila bayang’, Adam turut mendedahkan bekas isterinya itu ada menghantar mesej meminta sijil cerai secara baik.
"Baru ini, dia ada mesej cara baik minta sijil cerai. Selama ini, dia mesej marah-marah, ada saja tak kena tetiba. Saya permudahkan urusan dia.
"Dekat mana saya cemburu? Itu kehidupan masing-masing, dah lima tahun pun (bercerai). Sekarang ini fasal anak saja, tak perlu nak isukan sampai macam ini.
"Saya tah heran dengan benda macam itu. Alhamdulillah saya masih bekerja. Selagi saya boleh bekerja, saya okey. Itu rezeki masing-masing. Allah takdirkan dia kaya, itu rezeki dia.
"Sedikit sebanyak dia membantu saya juga nanti. Anak itu kalau perlukan apa-apa, dia mungkin boleh dahulukan,” ujarnya.
Pelakon siri drama Juvana turut menegaskan dia akan hadir ke majlis perkahwinan pemilik nama lengkap Fatin Nur Afifah Shamsudin sekiranya mendapat jemputan.
"Lailahaillallah.. saya tak ada isu. Dia nak kahwin, kahwin la. Demi Allah! Orang ramai kata saya meroyan sebab dia nak kahwin. Kalau dia kahwin, dia jemput.. saya datang.
"Sebab dia mak kepada anak saya. Saya senang saja. Jangan merumitkan!” tegasnya.
Sementara itu, Adam mengakui dia sukar untuk bertemu dengan anaknya, Ivy Herra Sophia atas pelbagai alasan yang diberikan oleh keluarga Fatin sejak kemelut yang berlaku.
Justeru, dia membuat keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah namun tidak boleh dikongsikan butiran selanjutnya.
Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada tahun 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai pada 30 Mei 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Duit Nak, Fame Nak, Belajar Tak Nak” - Fatin Afeefa Malu Dengar ‘Interview’ Pelakon Mengadu Isu Buli Di Set Penggambaran

gempak
21/11/2024
00:55 MYT
Bukan sahaja pelakon Datin Intan Najuwa, tapi aktres Fatin Afeefa turut menyuarakan pendapatnya mengenai kenyataan seorang pelakon baharu yang mendedahkan gejala buli di set penggambaran.
Hiburan

Dengar Nasihat Peguam, Adam Shahz Takkan Kongsi Mengenai Hak Penjagaan Anak Di Media Sosial Lagi – “Bila Sekali Tersiar Susah Sangat Nak Hapuskan”

gempak
09/11/2024
04:50 MYT
Pelakon Adam Shahz menegaskan dia enggan lagi membuat sebarang hantaran mengenai hak penjagaan penuh anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 9, di media sosial.
Hiburan

Fatin Afeefa Hantar Anak Masuk Sekolah Tahfiz, Menangis Dengar Adam Baca Lafaz Janji Hafaz Al-Quran

gempak
05/11/2024
20:55 MYT
Pelakon, Fatin Afeefa tidak dapat menahan sebak selepas menghantar anak sulungnya, Adam Aisy Arrian menyambung pengajian ke sekolah tahfiz.
Hiburan

Adam Shahz Nafi Kediaman Diduduki Merupakan Pejabat & Rumah Perlindungan - “Alamat Yang Saya Guna Hanya Untuk…”

gempak
15/10/2024
07:45 MYT
Pelakon Adam Shahz tampil menafikan dia menetap di kediaman yang merupakan pejabat juga rumah perlindungan seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Hiburan

Adam Shahz Enggan Bayar Nafkah Anak RM1,000, Fatin Afeefa Syukur Suami Sudi Bantu - “Saya Harap Mahkamah Berpihak Pada…”

gempak
15/10/2024
02:55 MYT
Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan bayaran nafkah diberikan bekas suami iaitu aktor Adam Shaz yang dianggap tidak mencukupi untuk menanggung kos persekolahan anaknya.
Unitar