Laman Utama
Dituduh 'Kutip' Duit Orang Untuk Infaq, Amir Raja Lawak Tampil Jelaskan - "Terpaksalah Saya Beritahu..."
Pelawak Amir Raja Lawak dituduh mengambil wang orang ramai untuk sertai program infaq air jagung perniagaanny yang dikendalikan sempena program bulan Ramadan.
Menerusi satu komen yang diberikan ke laman sosial rasmi Air Jagung Amirreka HQ, netizen seolah olah memarahi Amir yang mendakwa telah meminta wang sumbangan daripada orang ramai.
"Nak infaq...infaq lah sendiri...Jangan pula kutip duit orang,"kata salah seorang warga maya.
Advertisement
Amir tidak berdiam diri malah tampil menjelaskan program infaq yang dijayakan itu tiada paksaan dan kebanyakan yang menderma lakukan dengan rela hati.
"Saya tak paksa pun, saya tanya je sebab ada selalu yang nak infaq.
"Alhamdulilah ramai yang nak infaq. Mereka infaq sendiri, saya wakilkan sahaja," jelasnya.
Amir mendedahkan paparan skrin itu di dalam safu muat naik di Instagram miliknya.
Dalam hantaran yang sama, Amir turut mendedahkan dia juga turut memberikan sumbangan.
"Saya mintak maaf kalau ada yang berfikiran begini.
"Terpaksalah saya beritahu yang sebenarnya saya pun ada juga masuk sertai sama infaq ini bagi pihak diri saya," maklumnya.
Amir telah menjalankan perniagaan air jagung sejak beberapa tahun lalu sebagai pendapatan tambahan selain masih aktif dalam karier seni.
Must-Watch Video