,
Laman Utama

Dituduh Menipu, Man Raja Lawak Buat Laporan Polis – “Saya Nak Tengok Setakat Mana Berani Budak Tu…”

Fiza Kamarudin
19/08/2020
13:02 MYT
Selepas dituduh menipu oleh seorang individu di laman sosial Instagram, Man Raja Lawak bakal membuat laporan polis.
Menurut Man, tindakan tersebut diambil kerana tuduhan dilemparkan individu tersebut terhadap dirinya melampau.
“Saya akan buat laporan polis. Saya berada di pihak yang benar dan saya tidak takut. Saya ada semua bukti yang akan dibawa bersama nanti.
“Budak tu pun terlampau berani sangat, jadi biarlah saya bawa perkara ini ke tengah. Kita nak tengok jugalah sampai mana berani dia tu.
“Kalau dapat kenal pasti siapa dia, saya nak pergi jumpa dan minta dia jelaskan apa tujuan dia sebenarnya,” katanya. Man berkata, pada mulanya dia enggan melayan komen yang ditulis individu tersebut namun lama-kelamaan provokasi dilihat semakin melampau.
“Mula-mula memang tak nak layan sebab saya tahu di media sosial ni ada yang suka, ada yang tak suka
“Tapi lama kelamaan budak tu macam mencabar pula. Kalau dia menggunakan fake akaun sekalipun saya akan cari
“Kalau dia ada bukti, saya minta dia kemukakan. Tapi kalau tak ada bukti tunggulah pembalasannya nanti
“Tujuan saya muat naik komen dia di Instagram adalah untuk memberi peringatan juga kepada yang lain-lain supaya tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan maruah orang lain.
[[BACA: “Konon-Konon Hero Sedekah Ribu-Ribu, Padahal Tak Buat Pun…” – Man Raja Lawak Dituduh Menipu]] “Saya ni ada keluarga, ada kawan-kawan. Bila tuduhan macam tu timbul ramai yang bertanya. Jadi baik kita bawa ke muka pengadilan,” katanya lagi.
Tambah Man lagi, dia tidak mempunyai musuh dan tidak sangka akan dituduh sebagai penipu.
“Saya pun pelik, saya tidak bermusuh dengan sesiapa. Kawan pun tak ramai, itu pun kenal dari kecil dan memang rapat.
“Saya hidup ni kalau boleh memang tak nak ada musuh langsung sebab seorang musuh tu lebih berbahaya daripada seribu kawan.
“Saya sentiasa bersangka baik. Saya tak tahulah kalau ada musuh dalam selimut, depan baik belakang tikam ke apa,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uqasha Senrose Tak ‘Claim’ Diri Baik, Minta Bukti Tuduhan Melampau - “Sampai Fitnah Aku Kaki Pukul, Penumbuk Semua…”

gempak
27/08/2024
01:44 MYT
Pelakon Uqasha Senrose memberitahu dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai seorang yang baik dan lemah lembut namun ia hanyalah pandangan orang ramai terhadapnya.
Viral

Pelanggan Geram, Owner Suruh Ganti Sofa Baru - “Sebab Patah Sampai Buat Laporan Polis! Bukan Saya Sengaja"

gempak
01/07/2024
08:25 MYT
Tular di media sosial seorang lelaki berkongsi kisah hampir disama kerana tidak sengaja terpatahkan kaki sofa dalam satu premis perniagaan.
Hiburan

“Ibarat Macam Berbual, Tapi Itu Bukan Saya” - Jadi Sasaran Scammer, Aaron Aziz Buat Laporan Polis & Aduan MCMC

gempak
31/03/2024
07:51 MYT
Jangan tertipu, itu bukan Datuk Aaron Aziz.
Laman Utama

Man Raja Lawak Hilang Sabar Artis Liat Bayar Hutang RM10,000 - “Perwatakan Baik, Mesra…”

gempak
30/10/2023
14:55 MYT
Siapa agaknya artis tu?
Laman Utama

McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis Isu Pelanggan Dikenakan Caj Untuk Sos Cili Peket

gempak
27/09/2023
05:50 MYT
Ini kenyataan daripada McDonald's Malaysia