,
Laman Utama

Dituduh ‘Punca’ Isteri Kena Serangan Jantung, Suami Jasmin Hamid Tak Akan Ambil Tindakan Undang-Undang?

Izwan Isa
05/06/2022
02:50 MYT
Suami kepada pelakon Jasmin Hamid, Nazmir Abd Rahim enggan mengambil tindakan undang-undang, meskipun ada segelintir netizen yang menabur fitnah terhadap dirinya di media sosial.
Nazmir berkata, proses saman merupakan satu proses yang rumit dan tambahan pula, komen-komen tersebut masih lagi boleh diterima dan tidak bersifat mengaibkan.
“Mungkin orang tengok kami ambil tindakan seperti saman, tetapi ia satu proses yang melecehkan dan bukanlah satu hal yang senang. Tambahan pula, tujuan saya memuat naik komen-komen negatif itu adalah sebagai peringatan dan pelajaran kepada semua.
“Sebab zaman sekarang, mereka cukup berani untuk melepaskan benda-benda negatif di media sosial artis. Ibaratnya, mereka jadikan ruangan komen sebagai tong sampah, sesuka hati buang apa yang mereka mahu,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Nazmir mengulas mengenai komen-komen netizen yang menuduh dirinya sebagai punca Jasmin terkena serangan jantung dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
Melanjutkan bicara, Nazmir berkata, selagi komen-komen itu tidak memberi kesan yang teruk, dia akan berdiam diri dan berharap agar si pelaku insaf.
“Mulut orang, kita tak boleh tutup… jadi, asalkan apa yang mereka cakap tu masih tidak keterlaluan, kami diamkan sahaja.
“Lainlah kalau macam kes seorang netizen yang pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anaknya dahulu… kes seperti itu kita pertimbangkan,” ujarnya lagi.
Sementara itu, ditanya mengenai sesi siaran langsung yang dilakukan oleh Jasmin di TikTok ketika masih di hospital, Nazmir berkata, barangkali dia berbuat demikian untuk mempertahankan dirinya dan juga keluarga.
“Sebenarnya doktor dah nasihatkan dia supaya berehat dan jangan banyak cakap. Saya pun tak pasti kenapa dia buat live di TikTok tempoh hari. Mungkin dia berbuat demikian untuk pertahankan saya dan juga keluarga,” katanya menutup bicara.
Dalam perkembangan lain, Jasmin yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dibenarkan pulang semalam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Berkongsi Nasihat Ustazah Oki, Jasmin Hamid Diserang Netizen - “Tidak Perlu Sibuk Hal Rumah Tangga Orang…”

gempak
11/10/2024
07:55 MYT
Menerusi video yang dikongsikan, Ustazah Oki berkongsi mengenai isteri seharusnya menghormati suami meskipun mempunyai gaji yang besar.
Hiburan

Jasmin Hamid Geram, Netizen Puaka Persoal Saiz Badan - “Gemuk Salah, Kurus Salah, Kau Nak Apa Sebenarnya?”

gempak
20/06/2024
07:55 MYT
Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa geram apabila ada segelintir netizen yang masih mempersoalkan saiz badannya walaupun selepas menjalani pembedahan bariatrik pada Februari lalu.
Hiburan

Ibu Sahkan Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

gempak
26/05/2024
12:18 MYT
Ibu kepada Allahyarham Nabil Zamanhuri iaitu Fatimah Abdullah mengesahkan anak lelakinya meninggal dunia akibat serangan jantung.
Hiburan

Dilabel Nampak Macam Nenek Bila Dengan Suami, Jasmin Hamid Komen - “Apa Salah Saya Dekat Awak..?”

gempak
23/01/2024
05:55 MYT
Suka hati je cakap orang macam tu.
Laman Utama

Jasmin Hamid Kini Bebas Kanser Rahim - “Cyst Belah Kiri Dah Hilang, Kanan Pula Sudah Mula…”

gempak
30/10/2023
09:50 MYT
Alhamdulillah, semoga terus sihat.
Unitar