Penyanyi rap popular Amerika Syarikat, Nicki Minaj bakal membuat persembahan di Arab Saudi.
Penyanyi itu dikhabarkan akan menjadi penghibur barisan depan di Jeddah World Festival, yang akan berlangsung di Stadium Sukan Raja Abdullah di kota laut merah itu.
Lapor portal Astro Awani, kerajaan Arab Saudi pada Rabu berkata bintang itu akan tampil membuat persembahan di negara konservatif dan terkenal dengan pengekangan elemen hiburan sejak beberapa dekad lalu.
Minaj terkenal dengan gaya provokatif yang sering memaparkan imej seksi dan kebanyakan lagu hitsnya seperti Anaconda, Super Bass serta Starships sering menunjukkan bentuk tubuhnya. Malah, lirik lagunya juga seringkali berbaur lucah serta kasar.
Menurut penganjur, Minaj pasti akan menjadi tumpuan utama di Jeddah World Fest pada 18 Julai. Bagaimanapun, konsert itu dikhabarkan akan diselaraskan dengan undang-undang Arab Saudi iaitu bebas alkohol dan dadah serta terbuka kepada orang ramai berusia 16 tahun ke atas sahaja.
Berita penyertaan Minaj dalam festival itu turut mendapat pelbagai reaksi di media sosial dengan ramai yang menyatakan rasa terkejut, kritikan serta kekecewaan terhadap tindakan kerajaan Arab Saudi itu.
Malah, ada segelintir pihak yang cuba memprovokasi isu itu dengan membuat ilustrasi lukisan di laman Twitter, menuduh kerajaan Arab yang bersifat hipokrit dalam menjemput Minaj sebagai tumpuan festival itu tetapi menggesa wanita yang hadir ke konsert tersebut dengan memakai jubah dan abaya.
Penganjur Arab Saudi berkata konsert itu akan disiarkan secara global dan turut mendapat liputan oleh stesen televisyen berbayar, MTV.
Kerajaan negara itu juga menjanjikan visa elektronik yang cepat dan mudah untuk pengunjung antarabangsa yang ingin hadir.
Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi pernah membawa persembahan artis antarabangsa seperti Mariah Carey, Enrique Iglesias, Black Eyed Peas, Sean Paul, DJ David Guetta dan Tiesto. Antara artis lain yang akan membuat persembahan itu nanti ialah artis British, Liam Payne dan DJ Amerika Steve Aoki.
Sumber: Astro Awani
Rozaimi Zubaidi
Thu Jul 04 2019
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.